Sup Tulang ala Ummi
Assalamualaikum semua...
Fikir punya fikir nak masak apa hari ni...akhirnya...masak suplah pulak. Lama dah tak makan sup tulang ni.Macam2 resepi orang guna buat sup tulang ni tapi Ummi lebih suka guna cara sendiri...jangan marah ye..kalau tak suka cara Ummi ni, bolehlah diolah ikut suka masing2...sebenar tiada keterbatasan dalam masak-memasak ni. Lagi puashati bila kita masak masakan yang sedap, cantik dan menarik tanpa tiru orang lain punya. Itulah yang cuba Ummi amalkan, cuba untuk berkreatif sendiri dengan makanan dan mencipta resepi sendiri...cuma ambil idea saja dan diolah ikut kesesuaian citarasa...
Ok..sebelum tu nak cerita sedikit tentang fakta nutrisi- daging merupakan sumber protein, zat besi, vitamin B Kompleks(B1,B3,B5,B6,B12), magnesium, asid folik dan potassium.
Bahan-bahan:
1 kg. tulang+daging
1 batang serai- ketuk
1 1/2 inci halia-ketuk@hiris
1 biji bawang besar-belah 6
5 ulas bawang putih- ketuk
2 batang celery-potong serong
1 biji carrot-potong serong@ikut sukalah
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 rempah sup bunjut tulang
1 sudu teh serbuk lada hitam
10 biji cili padi
2 kiub sup tulang Maggi-taknak letak pun takpe
10 helai daun limau purut
1-2 tangkai daun ketumbar- hiris, kalau nak guna daun sup pun boleh tapi Ummi lebih suka aroma daun ketumbar..
10-15 ulas bawang merah- buat bawang goreng
Jus limau nipis/limau kasturi/lemon secukup rasa
Air secukupnya
Garam dan gula seenak selera
~ Bersihkan tulang dan potong jika terlalu besar.
~ Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam, gula, jus limau, bawang goreng, celery, carrot dan hirisan daun ketumbar.
~ Renihkan sup sehingga daging empuk. Kemudian masukkan celery dan carrot.
~ Perasakan dengan garam dan gula.
~ Jika sudah cukup rasanya, tutup api dan tuangkan jus limau.
* Jangan masukkan jus limau semasa memasak supaya sup tidak rasa pahit.
~ Sendukkan ke dalam magkuk dan taburkan hirisan bawang goreng, limau kasturi serta daun ketumbar.
~ Bolehlah dihidangkan bersama sambal kicap dengan nasi putih atau boleh dijadikan kuah mee sup @ mee hoon sup.
Bahan Sambal Kicap:
5-6 biji cili padi
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 biji jus limau kasturi
Kicap secukupnya
~ Blend lumat kesemua bahan dan tuangkan ke dalam mangkuk kecil.
Jemput makan....pedasss...sampai berair hidung makan tadi...hahaha...sediakan tisu dulu yee...sebelum makan.
Kelebihan Madu
Menurut Ibn Sina:
' Madu itu menguatkan roh, meningkatkan kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara keremajaan dan membantu melancarkan ucapan.'
Comments
Post a Comment