Kerapu Goreng Kicap
Assalamualaikum semua...bersua kembali setelah beberapa hari tidak ke udara...hehehe...semalam, kelmarin takde resepi best2 nak dikongsikan, lagipun terasa kurang sihat sikit, taklah masak beria2 sangat, ala kadar untuk alas perut je...hari ni pun cuma nak share resepi yang dah lama tapi belum di'publish'...dah berzaman duduk dalam 'draft' tu..sebenarnya 'standby', kalau2 takde apa nak n3, bolehlah masukkan yang ni...
Harap maaf berbanyak2 sebab gambarnya tak cantik, maklumlah..itu masa masih baru2 dulu...lagipun yang sebenarnya memang tak pandai ngambik gambar pun...perasan je boleh...sekarang pun masih tak cantik2 lagi...
Bahan-bahan:
3-4 ekor ikan kerapu kecil-cuci bersih
1 biji bawang besar-hiris bulat
5 ulas bawang putih-ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
1 batang serai-diketuk
7-8 biji cili padi hijau dan merah-diketuk
1 tangkai daun bawang-hiris 1 inci
1 biji limau nipis-hiris bulat2
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Sedikit air
Cara-cara:
~Gaul garam dan serbuk kunyit pada ikan, perap sebentar dan goreng.Ketepikan.
~Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, separuh daripada bawang besar dan serai tadi hingga wangi.Kemudian masukkan cili padi, sos tiram, kicap lemak manis dan kicap cair.
~Kacau sebentar dan masukkan sedikit air serta serbuk lada hitam.Perasakan dengan garam dan gula sekiranya masih kurang masin atau manis tapi bagi Ummi dah cukup.
~Masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi, tutup api dan perahkan jus limau nipis, ratakan kuahnya.Kemudian bolehlah diangkat.
~Taburkan hirisan daun bawang, cili merah dan bawang besar untuk hiasan.
Comments
Post a Comment