Fruit And Seed Muffin


Assalamualaikum anak2 Ummi...

Ni..nak menyambung update yang semalam punya resepi. Actually semalam buat manggo puding dan muffin ni sekali. Apa hal rajin pulak sampai 2 dessert satu hari...tapi hari ni...ingatkan ada lagilah...rupanya dah lesap...Petang nanti nampaknya kena buat yang lain pulaklah...tapi takpe sebab anak2 Ummi ni memang makan sampai licin. Penat pun tak terasa kalau dihargai sebegitu...kan ibu2?


So..jom tengok resepi...actually resepi ni diambil dari blog Lina tapi diubahsuai ikut bahan yang adalah, so nama pun jadi lainlah...

Bahan-bahan:


2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula kastor
Secubit garam
2 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan 'melted butter' @ minyak jagung
1/4 tin blueberry filling
Sedikit biji bunga matahari

Cara-cara:

~Di dalam mangkuk adunan, pukul telur dan gula sebentar. Jangan guna mixer!

~Kemudian masukkan butter@minyak jagung, kacau hingga sebati.

~Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar.Kacau sehingga semuanya sebati.

~Cedukkan ke dalam acuan muffin.Tuangkan sedikit blueberry filling dan taburkan biji bunga matahari.Ummi campurkan semua blueberry filling ke dalam adunan sebab nak cepat, so warnanya tak cantiklah...sepatutnya warna kekuningan dan kebiruan blueberry tuu.

~Bakar dalam suhu 170-180 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada oven masing2.

~Sejukkan apabila telah masak dan bolehlah dihidangkan..




Fakta Nutrisi

Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1, B5, vitamin E, manganase, magnesium, copper, trypthopan, selenium, fosforus, asid folik dan membekalkan tenaga sebanyak 205 kal setiap 100 gm.

Jangan Makan Di dalam Bekas Perak

Isteri Rasulullah s.a.w., Ummu Salamah r.ha meriwayatkan bahawa baginda pernah bersabda: 'Sesiapa yang minum di dalam bekas perak, perutnya pasti akan dibakar dengan api neraka Jahannam.'

Comments

Popular Posts