Fried Anchovies With Aubergine


Assalamualaikum wbr...selamat tengahari...Dah time lunch ni...makan apa semua hari ni? Ummi sebenarnya belum masak untuk lunch lagi...makanan breakfast tadi ada lagi, nak habiskan yang tu dulu, tak baik membazir...tapi sebelum tu nak sharelah sikit menu yang dah lepas ni...sayur terung.

Satu tip yang Ummi dapat masa menonton rancangan The Iron Chef beberapa tahun lepas, bahagian terung yang paling sedap ialah di bawah 'cap'nya, iaitu di bawah tangkainyalah. Bahagian tu takde biji dan sangat lembut bila dimasak.Pelbagai jenis masakan boleh dibuat menggunakan terung ni, bukan saja sayur tapi dessert juga, macam tak percaya tapi itulah kreativiti namanya. InshaAllah akan Ummi cuba reka resepi dessert menggunakan terung ni nanti.


Bahan-bahan:

5 biji terung panjang kecil- belah 2 dan goreng sebentar di atas non stick pan yang dilenser dengan sedikit minyak
1/2 genggam ikan bilis-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
1 biji bawang besar-potong bulat
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cili kering kisar
Garam secukupnya-Ummi tak tambah!
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

~Panaskan minyak, tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga wangi dan garing. Tambahkan cili kering.Tumis lagi sehingga cili naik minyak.

~Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sos tiram, kicap dan sos ikan.

~Kemudian masukkan pula bawang besar dan terung yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kuah sebati.

~Kemudian bolehlah diangkat dan hidang.


Allah Mengurniakan Rezeki Kepada Manusia Dengan Pelbagai Cara

'Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pengajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada dalam perutnya, yang lahir daripada hampas makanan dan darah, (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.'

(Surah An-Nahl:66)

Comments

Popular Posts