Spaghetti Udang
Assalamualaikum...bertemu kembali...bersiaran malam2 ni...nak tulis cepat2 je...siang2 tak berapa sempat. Kena tidur awal...subuh2 esok dah kena masuk tugas seperti biasa.
Ini menu semalam...tak masak nasi, tapi ini pun dah cukup kenyang..anak2 berselera sungguh...Alhamdulillah...tak sia2.
Bahan-bahan:
250gm spaghetti- dicelur bersama sedikit minyak zaitun dan garam sehingga 'al dente' @ firm to the bite.
1 sudu besar cili kering
4 sudu besar sos spaghetti mushroom Prego
10 ekor udang-buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar- chopped
5 ulas bawang putih- chopped
1 biji carrot kecil-potong dadu kecil
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula seenak rasa
Beberapa tangkai daun parsley-hiris, Ummi tak guna sebab takde.
Parmessan cheese parut
Cara-cara:
~Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan cili kering dan sos mushroom. Kacau hingga pecah minyak.
~Perasakan dengan garam dan gula, masukkan carrot.Kacau sebentar hingga carrot masak, masukkan udang.Kacau lagi.
~Tambahkan spaghetti yang telah direbus tadi dan sebatikan.
~Apabila semuanya telah sebati dan masak, tutup api.
~Hidangkan ke dalam pinggan, taburkan parutan keju parmessan dan hirisan daun parsley.
Fakta Nutrisi
Spaghetti membekalkan protein, serat/fiber, vitamin B kompleks, vitamin E, zink dan asid folik kepada badan kita.
Jangan Makan Dan Minum Dalam Keadaan Bongkak Dan Riak
Menurut riwayat Umru bin Syuaib r.a. yang diperolehnya daripada bapa dan datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah dalam keadaan tidak berlebih-lebih dan tidak bongkak.'
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Salam
ReplyDelete