Fish Fillet With Stuffed Mushroom


Assalamualaikum...apa khabar semua? Nampaknya ramai yang sedang bercuti sempena hari pekerja ni ye..selamat bercuti buat semua tapi apa2 pun berhati2 di jalan raya. Cuti2 jugak...hari ni Ummi nak share menu western pulak dengan anak2 Ummi ni.

Malaslah nak chat panjang2.Jom kita semak resepi...


Bahan-bahan:

9 keping isi/fillet ikan merah
1 paket cendawan butang hitam
1 tin 'chilli tuna'
1 paket tomato cherry
Parmessan cheese parut
Sedikit mixed herbs
Garam dan lada sulah secukupnya
2 ulas bawang putih-dicincang
Sedikit butter @ minyak zaitun


Cara-cara:

~Perapkan isi ikan dengan garam dan lada sulah.Grillkan sehingga masak.

~Bersihkan cendawan butang dan cabutkan tangkalnya-hiris. Sumbatkan 'chilli tuna' ke dalam cendawan tadi.Tabur parmessan cheese. Lenserkan dulang pembakar dengan butter dan bakarkan selama 20 minit @ sehingga cendawan masak.

~Panaskan kuali non stick,tuangkan minyak zaitun, tumis bawang putih cincang tadi hingga wangi.Masukkan batang cendawan yang telah dihiris tadi, kacau hingga masak. Perasakan dengan garam, lada sulah dan mixed herbs. Kemudian masukkan tomato cherry.Kacau lagi sebentar.

~Aturkan fillet ikan dan cendawan di atas pinggan mengikut kreativiti masing2.Tuangkan apa2 sos kesukaan anda di atas ikan.Hari ni Ummi hanya gunakan sos tomato lebihan masakan sardin sahaja.Anda boleh buat tartar sauce, black pepper sauce dan sebagainya ikut kesukaan.

Jemput makan.

Comments

Popular Posts