Kurau Masin Masak Cuka


Assalamualaikum wbr...dan salam sejahtera. Bertemu kembali di petang minggu ini. Pantasnya masa berlalu, baru kelmarin rasanya awal minggu...tup2 dah petang ahad.Maka bermulalah semula tugasan seperti biasa awal2 pagi esok.Tugasan yang perlu dilakukan untuk beberapa tahun lagi....menjadi driver kepada kedua2 puteraku ini..hehehe...

Cerita2 juga, hari ni nak share resepi ikan masinlah pulak.Lama dah tak makan ikan masin tapi naik cemueh(bosan-loghat orang Temerloh)asyik ikan masin goreng je, nak ubah2 resepilah sikit..buat masak cuka.


Bahan-bahan:

3 keping ikan kurau masin-direndam dan potong kecil2
1/2 biji timun-potong memanjang
1 biji bawang besar-hiris
4 ulas bawang putih-ketuk
5-6 biji cili api merah-ketuk
2 inci halia-julienne
Cuka makan-ikut kemasaman masing2
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:


~ Panaskan minyak, masukkan potongan ikan kurau yang telah dibersihkan. Goreng hingga isi ikan masak, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.

~ Tambahkan timun dan cili padi.Kacau sebati.

~ Perasakan dengan garam, gula dan cuka.

~ Masak sehingga timun empuk dan bolehlah diangkat.

~ Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain.

Jemput makan!

Fakta Nutrisi Timun

Timun mengandungi mineral2 dan vitamin berguna yang diperlukan oleh badan kita seperti kalsium, fosforus, zat besi, potassium dan vitamin C. Ia juga dikatakan mampu menjadi penawar kepada pelbagai masalah kesihatan seperti jerawat, sembelit, gout, arthritis, reumatik dan kudis.


Wajib Mensyukuri Nikmat Pemberian Allah

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'

(Surah Ibrahim:7)

Comments

Popular Posts