Sambal Tumis Sotong
Assalamualaikum dan salam sejahtera...apa khabar semua?
Jumpa kembali kita hari ini...semalam rehat...sebenarnya tak sempat nak update..so hari ni n3 yang semalamlah...jangan marah.Cuma menu sotong aje...malaslah pulak nak tulis panjang2.Straight to the point jelah ye...tapi sebelum tu kita lihat fakta nutrisi tumbuhan bernama petai ini:
Petai mengandungi protein, karbohidrat, fiber, gula ringkas-sukrosa, fruktosa dan glukosa, fosforus, zat besi, vitamin A, kalium dan pelbagai mineral lagi. Ia juga bertindak sebagai antasid.
Bahan-bahan:
10 ekor sotong- cuci bersih & potong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan- Ummi tak letak
2 sudu besar cili kering kisar
2 papan petai- ambil isi
Jus asam jawa @ pes asam jawa Adabi
2 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit air masak
Cara-cara:
~ Kisar kering bawang besar, bawang putih dan belacan. Untuk mengisar kering, cuma hiris bahan2nya dan masukkan ke dalam pengisar kering, kisar ajelah..
~ Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga wangi.
~ Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi hingga naik minyak, masukkan gula secukupnya.
~ Masukkan jus asam jawa @ pes asam jawa dan air, kacau lagi.Masukkan petai serta bawang besar hiris bulat.
~ Perasakan dengan garam. Kemudian masukkan pula sotong. Kacau 2-3 minit pada api yang sederhana. Jangan terlalu lama kerana sotong akan liat.
~ Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain.
Berpada-pada Dalam Makan dan Minum
Diriwayatkan daripada Atiyah bin Amir al-Juhani, katanya, saya mendengar Salman tidak suka makanan yang dimakannya, dia berkata: 'Cukuplah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, bahawa kebanyakan mereka yang kenyang di dunia ini akan berpanjangan lapar mereka pada hari akhirat.'
Comments
Post a Comment