Bread And Cocktail Pudding


Assalamualaikum dan selamat petang...bersua kembali kita..

Hujan, petir, guruh sabung-menyabung petang ini...baru je berhenti tapi renyai2 pulak..kesian anakanda2ku tak dapat main badminton. Takpelah nak ooiii...esok2 kan boleh lagi...jom kita makan ajelah..

Petang ni Ummi nak share resepi puding roti. Sebenarnya Ummi tak pernah ikut resepi bila buat puding roti ni, main hentam je...tapi kali ini Ummi catitkan resepinya supaya suatu hari nanti anak2 Ummi ni boleh buat sendiri.So, jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

600 ml susu segar
8 keping roti wholemeal
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred B-pukul sekejap
1 tin susu cair
1 tin kecil fruit cocktail
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
~Pukul telur di dalam mangkuk adunan sebentar, tuangkan susu.Masukkan gula, garam dan kacau.

~Carik2kan roti ke dalam susu tadi.Biarkan seketika supaya susu meresap ke dalam roti.

~ Panaskan oven 170 darjah celsius. Tuangkan campuran susu dan roti tadi ke dalam acuan yang telah digriskan dengan butter.

~Bakar selama 40-45 minit bergantung kepada suhu oven masing2.

~Setelah masak, sejukkan. Kemudian potong dan letakkan di dalam piring atau mangkuk pilihan.

~Taburkan fruit cocktail. Tuangkan sirap fruit cocktail tadi di atas roti, kemudian tuangkan pula susu cair.

~Siap untuk dinikmati...jemput makan!



Fakta Nutrisi

Roti wholemeal mengandungi karbohidrat, serat, protein, vitamin A, kalsium, natrium, zat besi, vitamin B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik, Vitamin E,Vitamin D3, iodin dan zink.Ia membekalkan tenaga sebanyak 241 kal bagi setiap 100 gm.


Jangan Makan Dengan Tangan Kiri

Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Jika salah seorang di kalangan kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika dia minum, minumlah dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.'

(Riwayat Muslim)

Comments

Post a Comment

Popular Posts