Baked Blueberry Cheese Cake

Eeishhh...tak puashati betullah bila tengok sos yang meleleh terlebih tuu...dan terlupa pulak pasal background hitam tu, tak naik serilah..dahlah blueberrynya gelap...takpe lain kali ingat ye!



Assalamualaikum...bersua kembali setelah sehari dua menyepi...bukannya apa, tak sempat nak update memandangkan malam2 dah penat, kena tidur, subuh2 dah start duty..

Oklah, pendek cerita hari ni nak tunaikan hasrat anakanda Hazrin yg menyambut ulangtahun ke12 pada 3 April lepas...inilah dia cheese cake yg dihajati itu walaupun kurang memuaskan tapi Ummi puashati kerana dapat menunaikan hasrat anakanda..'Yin, apa hadiah untuk anniversary Ummi dan Abati pada 12 April ni?'


Bahan-bahan:

250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
30 gm butter
30 gm tepung jagung
10 ml cream
3 biji kuning telur
3 biji putih telur-buat meringue (pukul sehingga gebu dan tak jatuh apabila diterbalikkan@ bila diangkat sudu, ia tak jatuh)
1 sudu besar jus lemon

Untuk base:

~Boleh guna kek span coklat/ biskut oreo/ biskut krim kraker/ biskut 'digestive'

Topping:

250 ml whipping cream
1 tin blueberry topping
10 gm non perials-manik2 berwarna-warni

Cara-cara:

~Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.

~Kemudian masukkan cream, pukul sekejap. Selepas itu masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul dengan kelajuan yang sederhana.

~Apabila sudah sebati, masukkan tepung jagung dan pukul lagi.

~Masukkan pula jus lemon dan sebatikan.

~Di dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur sehingga gebu.

~Kemudian kaup dan balikkan putih telur ke dalam adunan cream cheese tadi, jangan guna mixer kerana putih telur akan pecah.
'
~Griskan spring form dengan sedikit butter dan letakkan 'base'nya.Kemudian tuangkan adunan kek tadi.

~Ambil tray dan isikan sedikit air dan letakkan acuan kek tadi ke atasnya.Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius selama 1 jam.Tambah air dari masa ke semasa.Cara ini dipanggil 'waterbath'.Tujuannya supaya kek tidak menjadi kering dan ia masak secara 'steamed baked'.

~Setelah kek masak, sejukkan di atas redai kek.

~Untuk membuat toppingnya, pukulkan whipping cream sehingga kembang dan 'stiff'.

~Kemudian ratakan cream ke atas kek menggunakan spatula. Lebih mudah sekiranya ada 'turning table'..kerja menyapu krim lebih cepat dan bersih.

~Setelah berpuashati dengan hasilnya, bolehlah di taburkan manik2 non-perials di sekeliling kek, kemudian cedukkan blueberry topping ke atasnya. Rata2kan.

~Untuk rasa yang lebih sedap, chillkan sebentar.Kemudian bolehlah dinikmati.


Siap bawak bekal pergi sekolah lagi tuu...tak sia2 usaha Ummi nak ooiii...


Fakta Nutrisi:

Keju mengandungi protein, karbohidrat, kalsium, lemak, pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Makan Beramai-ramai

Diriwayatkan daripada Washi bin Harab yang diambil daripada bapa dan datuknya, bahawa mereka telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa apa yang mereka makan tidak dapat mengenyangkan. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka, 'Adakah kamu makan berasingan?' Mereka menjawab, 'Ya.' Lalu baginda menyuruh mereka berkumpul ketika makan dan menyebut nama Allah, nescaya diberkati.

Comments

  1. Assalamualaikum noor, nampaak sedap nyer bila nak buat utk kita pulak ni:) happy belated birthday to hazrin semoga berjaya di dunia dan di akhirat Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Makcik Ina...thank you sooo much...nanti datang rumah..Ummi buatkan tapi kena bagitau in advanced tau...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts