Peach And Manggo Pudding
Assalamualaikum wbr...selamat berhujung minggu semua...buat apa cuti2 ni? Soalan yang tak perlu ditanya...macam biasalah yek...ibu2 pasti busy ke pasar untuk beli stok seminggu, lepas tu nak memasak, mengemas dan seribu satu kerja lagikan. Bapak2 buat apa pulak? Sendiri jawablah...heheheh...macam2 jugak kan?
Oklah, sebelum pergi sekolah ambil anankanda Ummi ni, nak share kejaplah resepi hari semalam...puding buah mangga dan peach.Hari sebelum tu buat puding honeydew tapi tak sempat nak 'snap' pun sebab dah kena rembat awal2 oleh dua orang teruna ni...so, semalam dia request nak lagi...
Bahan-bahan:
1 paket Manggo Pudding Nona
1 tin buah peach
1 tin susu cair
Cara-cara:
~Panaskan 400ml air dan tuangkan serbuk puding mangga Nona. Kacau hingga hancur.
~Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam acuan pilihan.
~Sejukkan selama 30 minit.
~Keluarkan dari acuan dan letakkan ke dalam bekas kesukaan anda.
~Hiaskan dengan hirisan buah peach. Tuangkan sirap buah peach tadi, kemudian tuangkan susu cair ke atas puding.
~Untuk sos yang lebih sedap, bolehlah buat 'custard sos' menggunakan susu segar, kuning telur dan gula.Kacau atas api yang sederhana tapi jangan sampai susu mendidih.
~Untuk hiasan-ikut kreativiti masing2lah...Ummi gunakan apa yang ada kat rumah je..malas membazir duit beli macam2...nak guna sikit je..
Fakta Nutrisi
Buah mangga mengandungi 82% air, karbohidrat dalam bentuk sukrosa, beta kerotene, vitamin C dan kalium. Ia juga dapat memberi tenaga sebanyak 73 kal bagi 100 gm. Turut bertindak sebagai antioksidan dengan meneutralkan radikal bebas.
Buah Peach
Buah peach turut memberi tenaga sebanyak 43 kal bagi 100 gm selain mengandungi serat/fiber, vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Vitamin A,C dan E turut bertindak sebagai antioksidan.
Jangan Makan Atau Minum Dalam Keadaan Berdiri.
Daripada Abu Hurairah r.a. diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: 'Jangan sesiapa pun di kalangan kamu yang minum dalam keadaan berdiri.'
(Riwayat Muslim)
Comments
Post a Comment