Asam Laksa Tuna
Assalamualaikum wbr...apa khabar semua? Hai...apalah nak dicelotehkan malam2 ni? Memang bak celoteh2 ni Ummi fail lah...dulu masa sekolah pun tak reti nak cakap banyak dan mmg cukup anti kat kawan2 yg suka bercakap masa cikgu ngajar...tension betul...sampai tak bertegur sapa...tapi kini suara Ummi boleh dengar satu taman kot kalau marah kat anak2 tuuu...rupanya bila dah beranak pinak ni, pendiam pun boleh jadi bising yek..
Oklah hari ni Ummi nak share resepi asam laksa dengan anak2 Ummi tapi kali ni Ummi guna ikan tuna..orang biasa guna ikan selayang, kembung dan ada jugak yg guna ikan sardin dalam tin tu...tapi Ummi rasa agak hanyir sikit bila guna sardin tin tu tapi citarasa masing2 tak samakan? So, kita jangan condemn citarasa orang lain...tak baik.
Apa2 hal pun Ummi nak share tentang fakta nutrisi ikan tuna. Ia mengandungi asid lemak omega3 yg mampu menurunkan kadar kolesterol LDL, protein, karbohidrat dan pelbagai vitamin serta mineral lain yang penting untuk tubuh badan. EPA dan DHA yang terkandung di dalam tuna juga mampu membantu menjalinkan sel2 otak dan seterusnya menjadikan otak lebih cergas@ 'pick-up'.Amat sesuai untuk anak2 yang sedang belajar.Kita lihat saja kepintaran orang2 Jepun atau anak2 nelayan di Pantai Timur yang selalu mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, inilah rahsia mereka, banyak makan ikan yang mengandungi EPA dan DHA...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tuna kecil- cuci dan rebus, buang tulang dan kisar bersama air rebusan
1 paket laksa- rendam dan rebus
3 sudu besar cili kering kisar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 kuntum bunga kantan
4-5 tangkai daun kesum
4 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak Untuk menumis
Condiments:
5 kelopak butterhead lettuce- hiris
1/4 biji nenas madu- hiris halus
1 biji timun-julienne
2 biji cili merah- hiris
3 biji telur- rebus dan belah 2 tapi Ummi terlupa letak pulak...
6 biji limau kasturi- belah 2
Petis udang- jika suka, Ummi tak guna
Cara-cara:
~ Kisarkan bawang merah, bawang putih, belacan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
~ Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi hingga terbit minyak. Tambahkan lebihan air rebusan ikan dan tambah air lagui jika tidak cukup.
~ Masukkan daun kesum, bunga kantan dan biarkan mendidih sebentar.
~ Perasakan dengan garam dan gula.
~ Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama laksa dan condiments tadi.
Makan Sekadar Keperluan
Al-Miqdam bin Madikariba meriwayatkan bahawa, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Memadailah bagi anak Adam (makan) beberapa suapan untuk menegakkan kekuatan tubuh badan. Satu per tiga bahagian perut manusia itu diisi dengan makanan, satu per tiga lagi untuk minuman dan satu per tiga lagi untuk pernafasan.'
(Riwayat al-Tirmizi)
Comments
Post a Comment