Unfinished Honeydew Triffle!


Assalamualaikum dan selamat malam semua anak Ummi, dah solat Isyak ke masing2 tu? Time tidur dah ni...apa lagi...masuk tidurlah semua!

Hai geram2...semalam buat kek tak sempat nak post entry dah habis dipotong dulu, nampaknya kena buat lagilah esok. Hari ni buat Triffle je sebab tak larat dah nak menyukat bahan dan memukul adunan. Bila anak2 sekolah memang banyak kerjalah..


Cerita pasal triffle sebenarnya triffle ni belum siap sepenuhnya lagi tapi disebabkan takut kena 'baham' dulu, tak siap pun tak siaplah, Ummi nak 'snap' dulu, kalau nasib baik tak kena'ngap'...esok bolehlah deco2. Apa2 pun jomlah kita tengok respi dessert yang sangat simple dan telah ujud berzaman lamanya, hanya baru hari ini Ummi nak 'post'kan...


Bahan-bahan:

3 potong mini Chocolate Swiss Roll- potong2 dan masukkan ke dalam gelas @ apa2 bekas kesukaan

Puding:

1 paket Puding Honeydew Nona
400 ml air

~ Tuangkan air ke dalam periuk, masukkan serbuk puding honeydew.

~ Kacau sehingga larut di atas api yang sederhana.

~ Kemudian tapiskan ke dalam gelas @ bekas berisi Swiss Roll tadi dan biarkan ia beku.

~ Sementara itu sediakan kastadnya.


Kastad:

2 sudu besar tepung Kastad Birds
100 ml susu segar
500 ml air
3 sudu besar gula

~ Bancuh tepung kastad dengan susu. Kacau sehingga tepung kastad larut.

~ Masukkan gula dan air, kacau sebentar.

~ Masakkan di atas api yang sederhana sehingga kastad masak dan agak pekat. Tutup api.

~ Kemudian tuangkan ke atas puding tadi, biarkan ia sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.

~ Selepas itu bolehlah dihias dengan buah2 segar atau fruit cocktail. Sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular Posts