How To Carve A Watermelon Baby Carriage

Assalamualaikum dan selamat tengahari!

Dah makan tengahari ke semua? Kepada yang belum selamat menjamu selera di restoran pilihan atau di rumah.Pilihlah menu2 yang sihat....dan jangan lupa makan buah2an terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan yang lebih berat.

Buah2an mengandungi enzim yang memudahkan proses pencernaan makanan, jadi ia perlu diambil semasa perut masih kosong. Kemudian barulah makan, makanan berat.Selain itu, lambatkan sedikit meminum air supaya asid perut dapat menjalankan fungsinya memproses makanan dengan baik.

Bercerita pasal buah2an, di sini Ummi nak share cara mengukir buah tembikai menjadi kereta sorong bayi.Satu ketika dulu Ummi memang suka mengukir buah tembikai ini terutamanya masa majlis perkahwinan sedara mara tapi sekarang dah lama tinggal. Sebenarnya banyak ukiran buah dan sayur yang boleh dihasilkan cuma memerlukan kreativiti dan kesabaran dalam mempelajari serta latihan yang berterusan.

Ia juga memerlukan peralatan yang khusus bagi memudahkan proses mengukir, ada juga chef2 di luar sana yang menghasilkan 'tools' sendiri bagi proses mengukir tanpa perlu dibeli semuanya.

Comments

Popular Posts