Nasi Ayam Ketumbar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Selamat menyambut Hari Deepavali buat rakan2 yang merayakannya. Kepada yang lain selamat bercuti.      Hari cuti begini pastinya ibu2 sibuk menyediakan juadah untuk makan tengahari atau makan malam yang istimewa untuk keluarga kan? Masak apa hari ni...actually Ummi belum masak lagi...masih nak berehat2 selepas berjogging pagi tadi. Balik2 rumah je dah nak buat kerja rumah yang lain...ni nak rest sekejap...sambil tu nak postkan menu semalam yang mendapat sambutan hangat dari ahli keluarga. Terima kasih semua, Alhamdulillah tak sia2 usaha menyediakan juadah ini untuk mereka.

Actually ni menu semalam yang tak sempat dipostkan. Harap maaf sebab terlambat.



Menu Nasi Ayam Ketumbar ini Ummi ubahsuai dari resepi asalnya Nasi Ayam Ipoh yang Ummi ceduk dari dapur KAK ITA untuk menyesuaikan dengan bahan yang ada di rumah buat masa itu, malas pulak rasanya nak keluar mencari hanya satu dua bahan yang tiada. Terima kasih K.Ita dan pemilik asal resepi ini, harap tak marah saya mengubahsuai resepi ni ye...apa2 pun memang sedap kata mereka! Mohon salin resepi di sini...terima kasih.


 Jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan:

Sup Ayam
 
Air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu- Ummi guna carrot
3 tangkai akar daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang@carrot dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang@carrot dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan bolehlah ditambah lagi air biasa.
Masak hingga mendidih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidang hiaskan dgn taburan daun ketumbar dan juga bawang goreng.



Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah ditos tadi dimasukkan ke dalam satu magkuk besar.
Masukkan bahan  yg telah dikisar dan semua bahan2 lain ke dalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, bolehlah digoreng atau dibakar dalam oven.
Kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama agak2 warnanya bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
 



Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 tangkai batang daun ketumbar - ambil bahagian batang bawah yg ada akar sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
4 sudu mentega@butter

Masukkan majerin@butter ke dalam periuk nasi elektrik.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang dan akar daun ketumbar.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasi. Tanak nasi seperti biasa hingga nasi masak.



Sekarang kita akan sediakan cilinya pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili  merah

Cili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
Sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
Sedikit air dari air rebusan ayam
Garam dan  gula secukupnya

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan di dalam blender kecuali limau kasturi.
Kisar halus. Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.




Cili Kicap

5 biji cili padi
Sedikit halia (ambil dari rebusan sup tadi)
4/5 biji bawang putih
Kicap secukupnya
Air rebusan ayam secukupnya
Tepung jagung dibancuh  dgn air secukupnya - utk memekatkan

Cara penyediaan kicap:

Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panaskan di atas dapur.
Agak-agak dah panas, bolehlah di masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.



Condiments:

Daun salad, timun, tomato dan taburkan hirisan daun ketumbar di atas nasi semasa menghidang. Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts