Butterscoth Bread Pudding

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Alhamdulillah masih dipertemukan kita dipagi hari Khamis yang mulia ini. Sudah sarapan semua? Alhamdulillah, Ummi sudah...bersarapan dengan Puding Roti yang sedap...masa meninjau2 dapur Lina hari tu, terjumpa resepi puding roti ni, kebetulan pula rotinya ada...boleh trylah resepi yang ini pula...tak rugi...memang sedap!


Untuk melihat resepi Lina dan pemilik asal sila rujuk LINA .



Bahan-bahan:

10 keping roti butterscoth Gardenia
2 cawan susu segar
2 cawan whipping cream
6 biji telur
1 cawan gula-3/4 cawan @ 1/2 pun boleh sebab roti dan sos dah manis
Serbuk kulit kayu manis
Kismis hitam
Sedikit gula perang
1 sudu teh esen vanila



Cara-caranya:

1. Griskan loyang dengan butter. Kemudian atur atau koyak2kan roti ke dalam loyang.

2. Bancuh susu, whipping cream, telur, gula pasir dan esen vanila di dalam mangkuk adunan.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang roti tadi dan biarkan roti kembang selama 1 jam.



4. Apabila roti telah kembang, panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius selama sepuluh minit.

5. Taburkan kismis, serbuk kulit kayu manis dan gula perang di atas roti tadi. Bakar selama 30 minit @ sehingga masak bergantung kepada suhu oven masing2. Sejukkan sebelum dipotong.




Sos Vanila:

500 ml susu segar
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Gula secukup rasa
1 sudu teh tepung jagung + air untuk memekatkan




Cara-cara:

1. Panaskan susu tapi jangan sampai mendidih. Masukkan esen vanila dan gula, kacau hingga gula hancur.

2. Kemudian masukkan pula kuning telur, kacau sehingga sos agak pekat.Jika tidak cukup likat tambahkan bancuhan tepung jagung sehingga ,mendapat konsistensi yang dikehendaki.




Apabila puding telah sejuk, bolehlah dipotong. Tuangkan sos vanila di atasnya dan hidangkan bersama buah2an kegemaran.


Sesuai dihidangkan untuk sarapan,brunch,minum petang atau sebagai pencuci mulut.


Selamat mencuba kepada anak2ku Yin dan Hakim!

Comments

  1. salam noor cantik nya terpegun dgn gambar ....lina mmg tak sempat la nk duduk posing kan gambar makanan...kalau bukan hari cuti...hebat la noor ...tp pudding tu makan pun sedap kan ...lina suka...semlm buat binka roti kukus pandan ...not bad...noor boleh cuba pula :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ina, mmg nak try bingka roti tu tapi sehari dua ni kurang sihat nak memasak...alaahh! Ina..apalah yg hebatnya jika nak banding dgn blogger2 lain yg dah pro tu.sy ni baru je nak belajar2 hobi baru ni...takpe kita sama2 buat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts