Caramel Cake Part 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Wah! Nampaknya makin meriah blog rakan2 dengan macam2 resepi dan rupa kek yang cantik2 ye...Alhamdulillah dengan kemudahan IT zaman sekarang ni semua maklumat dihujung jari. Kalau dulu nak buat kek ke, cookies ke...cari resepi di dalam buku resepi.Trylah buat...seharian habiskan masa, tup2 hasilnya tak jadi seperti yang diharapkan. Hangus terbakar hati rasanya...tapi sekarang testimoni ramai, semua dah cuba dan tayangkan gambar2nya. so tak ragu2 tak cuba. Kalau tak jadi tu silap sendirilah.
So, Ummi pun antara yang masih mencuba2 resepi kek2 yang masih hangat di alam maya ni. Apa lagi...Caramel Cake lagilah! Ummi akan terus buat sehingga puashati dengan hasilnya, kali ni cuba corak lain pulak.
Resepi kek ni masih sama seperti yang dulu. Boleh rujuk post yang lepas untuk dapatkan resepinya di Epices de la vie... Rencah Kehidupan...: Caramel Cake">
Memang seronok memasak apabila anak2 tak sabar2 nak menikmati hasil masakan umminya! Terima kasih2 anak2ku atas penghargaan kalian, itu yang buat Ummi semangat lagi nak membuatnya.
Comments
Post a Comment