Ayam Goreng Kunyit Ummi


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...wah! anak2 ummi ni...mentang2 exam dah habis. Pulun menonton tv dan main games ye...kasut sekolah belum cuci lagi tuu...hujan memanjang ni, nanti tak kering..Aduhh...kain baju pun dah macam kedai dobi ni...hari2 berlambak2.Duduk 4 beranak je tapi kain-baju bukan main banyaknya...sudahlah dryer rosak pulak ni, hari asyik hujan...bila baju nak kering???Sabar jelah, nanti Abati tak sibuk, dia repairlah dryer tu...tulah...kalau Ummi selalu tengok Abati merepair itu, ini kan senang, pandai buat sendiri...tak payah tunggu dia buat...

Oklah anak2...ni menu kesukaan u all~ayam lah! Masak ayam, apa jenis menu pun habis licin.Kali ni menu simple jelah...ayam goreng kunyit je..simple pun simple lah! Ummi kena post jugak sebab satu hari nanti bila Yin dan Hakim nak masak, dah tahu caranya...tengok je kat sini, tak payah nak tanya2 Ummi lagi tau!


Bahan-bahan:

8-10 ketul dada ayam- dipotong
3 jalar kacang panjang- dipotong
1 biji bawang besar- dihiris
4-5 biji cili padi
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

1.  Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perapkan sekurang2nya 30 minit supaya 'mesra' rasanya.

2.  Panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga masak. Kemudian angkat.

3.  Gunakan minyak yang sama, gorengkan bawang besar, cili padi dan kacang panjang sebentar. Kemudian taburkan di atas isi ayam yang telah digoreng tadi.

4.  Bolehlah dihidang bersama lauk-pauk yang lain.

Comments

Popular Posts