Sambal Tempoyak Ummi


Assalamualaikum dan selamat petang anak2 Ummi semua..pejam celik-pejam celik dah hari Isnin ye...tapi Ummi terasa bagaikan hari Ahad sebab anak2 Ummi semua cuti hari ni, rupanya dah Isnin. Hari Jumaat ni final exam, jangan lupa pulak ye! Nampak relax benar u all, dah terror dah tu...kalau tak kekal tempat pertama final exam ni siaplah u all kena perli dengan Abati...sendiri jawablah ye!


Apalah nak masak hari ni...? Kepala pulak pening ni, malaslah nak masak remeh2, buat yang simple jelah...ada ikan goreng dan sayur cukuplah...tambah sambal...haaa...buat sambal tempoyak ala Ummi, macam mana ye? Alaa...senang je nak oooiii!



Bahan-bahan:

7-8 biji cili padi
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
Sejemput ikan bilis-cuci bersih
1 biji bawang merah
3 sudu besar tempoyak





Cara-cara:

~ Masukkan semua bahan di atas kecuali tempoyak ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.

~ Kemudian gaulkan dengan tempoyak bersama sedikit air suam.

~ Hidangkan bersama ulam2an yang digemari bersama nasi panas dan lauk pauk yang lain. Hari cuma ulam timun dan tomato je yang ada...jadilah tuuu.


Selamat menjamu selera!

Comments

Popular Posts