Mini Beef Pie

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera.



Selamat tengahari, dah makan tengahari ke belum? Sekejap lagi tu berduyun2lah ke kedai mamak, restoran itu dan restoran ini...alahai! Ummi belum ke dapur lagi sebab asyik dengan kain-baju. Lepas tu penat...ni yang nak melepak2 sekejap melepaskan penat. Jalan2 kat dapur kawan2 dulu, cari idea apa nak dimasak sebentar lagi tapi rasanya yang simple2 ajelah, dah tengahari ni...




Ni entri masakan semalam, Mini Beef Pie...asalnya nak buat Samosa tapi disebabkan ada orang yang tersilap beli, nak beli kulit popia, terbeli flexi pastry...jadi kenalah Ummi buat sesuatu dengan pastry ni. Itu yang jadi mini beef pie ni..



First sekali kita buat intinya. Rujuk resepi di bawah.

Bahan-bahan:

500 gm daging cincang-bersih dan toskan
5 biji ubi kentang-potong dadu kecil
1 biji bawang besar-potong dadu
3 ulas bawang putih-tumbuk lumat
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun sup-hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis 
1 paket flexi pastry





Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, bawang besar dan bawang putih sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan pula cili kering kisar dan serbuk rempah kari daging, tuangkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.

3. Apabila telah naik minyak, tambahkan pula daging cincang, kacau rata. Apabila daging hampir masak, masukkan kentang. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan kentang masak sehingga empuk. Tambahkan air sekiranya perlu jika kentang masih keras.

4. Masak sehingga airnya kering, kemudian tambahkan hirisan daun sup tadi. Tutup api dan sejukkan.





5. Kemudian ambil Flexi Pastry dan masukkan ke dalam acuan tat, kemas2kan. Selepas itu sudukan inti yang telah sejuk tadi ke dalam acuan tat dan tutupkan bahagian atasnya dengan lebihan pastry tadi.

6. 'Eggwash' bahagian atas pie sebelum dibakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit.




7. Apabila telah masak, sejukkan di atas redai sebelum dikeluarkan dari acuan.




8. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau semasa jamuan.



Selamat mencuba ye Yin dan Hakim!

Comments

  1. salam noor baru lepas makan alhamdulilah dh kenyang :) makan subway sandwish :) ...nampak menarik pie ni

    ReplyDelete
  2. Wsalam, terima kasih Ina...sandwich pun best! Dah lama tak makan sandwich di luar.Lunch ni..akhirnya buat nasi goreng jagung je!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts