Nasi Lemak Ketumbar

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera anak-anak Ummi..

Alhamdulillah, dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, kita bertemu lagi pada hari ini, hari Isnin yang mulia.Harap maaf kerana Ummi tidak sempat untuk masukkan apa-apa menu atau resepi beberapa hari ini kerana agak sibuk menyelesaikan tugasan lain yang lebih penting.



Selesai sahaja memasak, terus nak makan sebab yang menunggunya ramai, tak sempat nak posing-posing dulu.Menu hari ni pun sebenarnya sarapan pada hari Sabtu lepas, itu pun nasib baik sempat ambil gambar dulu.


Tak apalah menu basi pun basilah tapi Ummi tetap nak share dengan putera2 Ummi berdua ni supaya suatu hari nanti anak-anak Ummi boleh masak sendiri ye! Mari kita tengok resepinya...tapi apahal menu Ummi dua tiga hari ni asyik ada 'ketumbar'...hehehe...sebab nak menghabiskan stok daun ketumbar tulah! Ummi menang suka aroma daun ketumbar ni...



Bahan-bahan:

4 cawan beras
200 ml santan pekat-Ummi guna santan kotak
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai batang dan akar daun ketumbar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar-hiris




Cara-cara:

1. Bersih beras dan toskan.

2. Panaskan periuk nasi, masukkan mentega. Tumiskan bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih hingga wangi.

3. Masukkan pula batang daun ketumbar, beras, santan, garam dan air. Kacau rata.

4. Tanak nasi sehingga masak. Apabila telah masak, karih2kan dengan sudu.



Boleh dihidang bersama lauk-lauk kegemaran. Hari ini Ummi hidangkan bersama Rendang Ayam, Sambal tumis Udang, telur rebus dan hirisan timun sahaja.

Selamat menjamu selera!


Comments

Popular Posts