Bingka Keledek


 Assalamualaikum dan selamat petang semua! Apa khabar? Moga2 di hari Isnin permulaan minggu ni semuanya sihat ceria melaksanakan tugasan seperti biasa...nampak ramai juga rakan2 kita yang bercuti panjang sempena sambutan Deepavali pada hari Rabu ni. "Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada yang merayakannya dan selamat bercuti kepada yang lain2.


 Menu apa minum petang ni? Ummi ni tadi terfikir juga, sempat ke tidak nak post entry untuk hari ni sebab menu untuk minum petang ni yang dah disiapkan awal2 pagi tadi sebenarnya dah tinggal suku. Lepas tu ada tetamu datang pulak tadi, hidang kepada tetamu. Alhamdulillah dapatlah beberapa ketul untuk photo shoot, sudahlah menu untuk sarapan memang tak pernah sempat nak ambil.


 Hari ni sebenarnya Ummi nak praktis menggunakan kamera dah mencuba2 kaedah yang disarankan oleh pakar2 fotografi masakan tapi masih perlu banyak latihan dan perlu banyakkan lagi 'props'nya, ni asyik2 guna yang sama, style yg sama, tak ada apa yang menarik. Takpelah...latihan juga memakan masa.Selalunya Ummi hanya gunakan lighting dari lampu di 'dining hall' sebab 'natural lighting' amat payah dapat di ruang tamu...so tadi Ummi terfikir untuk naik ke 'attic' dan shoot di tepi pintu dan tingkap. Ada perbezaannya, mungkin di sinilah tempat seterusnya untuk Ummi jadikan mini studio. So, anak2 jangan kacau tempat ni ok! Cuma agak penatlah nak membawa makanan dan props menaiki 40 anak tangga ke tingkat 3 tu tapi bagus juga sebagai satu senaman kan.



 Cerita, cerita juga...jom kita tengok resepinya. Actually resepi asal dari blog DTS-CMG adalah Bingka Labu, lihat SINI tapi kebetulan waktu tu Ummi cuma ada keledek, jadi Ummi ubahkan jadi keledek.Minta maaf ye Mat, saya memandai2 pulak tapi memang teramat sedap, sekejap je habis satu loyang...tak rugi  membuatnya.



Bahan-bahan:

5 biji telur
500 ml santan 
200 ml tepung gandum
180 gm gula (Ummi letak 150 gm)
1/3 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
450 gm keledek Jepun


Cara-cara:

1.  Bersihkan keledek dan kukus sehingga masak. Buang kulitnya dan lecek.

2. Di dalam mangkuk, pukul bersama2 telur, santan, gula, garam dan esen vanila sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan pula tepung yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dan tapiskan.

4. Selepas itu, masukkan keledek lecek tadi, kacau dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega serta ditaburkan sedikit tepung.

5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam setengah, suhu dan masa bergantung kepada jenis oven masing2.

6. Setelah masak, sejukkan di atas redai dan bolehlah dihidang untuk brunch, minum petang dan juga untuk jamuan.



Nota: Background buah-buahan tu sememangnya tak sesuai untuk menu ni, mestilah gunakan keledek,steamer ke, tepung ke, gula ke dan seumpamanya...tapi disebabkan excited nak practice photo shoot, Ummi tibai je...jangan marah ye!





Comments

Popular Posts