Caramel Cake
Assalamualaikum semua...hai!angin2 betul...hari ni bukak blog, tengok2 post pasal Caramel cake ni hilang...actually dah publish beberapa hari lepas.Tiba2 hari ni tinggal tajuk je..mana perginya gambar2 dan tulisan2 Ummi tu haa...ada yang menggodam blog Ummi ni ke haa?
So, untuk rujukan anak2 Ummi dimasa depan terpaksalah Ummi tulis semula...pertama2nya nak ucap terima kasih kepada blogger Lina~Enjoy Your Life Don't Endure, K.Ita Johor~Masam Manis yang dah menghasilkan kek yang sangat cantik dan menyelerakan serta sudi berkongsi resepi.Mohon salin resepi dari kalian ye!Hari tu Ummi dah tulis resepinya elok2..hari ni dah tak larat rasanya nak menaip lagi...
Belum habis 'snap' dah kena 'ngap' dulu!
Bahan-bahan:
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
-Sediakan loyang 8 inci.
-Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
-Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan.Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan
Bahan Karamel:
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan2.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
Hodohnya...air lupa lap, dah meresap kat kek tu...
Adunan Kek Bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak jagung
- Pukul telur kuning, minyak jagung dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Bolehlah for first try ni...must practice more!
Merinque:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula kastor dan pukul lagi sebentar. Kemudian masukkan pula cream of tartar.
- Pukul lagi sehingga putih telur menjadi 'stiff'.
- Selepas itu masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. Kaup dan balikkan perlahan sehingga semuanya sebati.
- Bahagikan kepada 3 warna dan perisa kegemaran anda.
- Sendukkan warna pertama di tengah2 puding tadi sebanyak 3 sudu besar.Ulangi dengan warna kedua, ditengah warna pertama tadi.Kemudian dengan warna ketiga di tengah warna kedua tadi.
- Ulangi warna pertama,kedua dan ketiga sebanyak 2 sudu besar pula.
- Untuk pusingan terakhir, sendukkan warna2 tersebut satu sudu besar.
- Setelah itu bakarlah di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam 10 minit @ bergantung kepada kepanasan oven masing2.
- Apabila masak, sejukkan di atas redai kek, kemudian bolehlah dihiaskan mengikut kreativiti masing2 dan sedia untuk dinikmati.
salam Noor, Alhamdulilah...dh boleh merasa...cam mana suka tak cake ni. Tak apa noor..lina buat first time pun tak cantik juga tp rasa nya yg penting...kejap je cake ni abis. Lina seronok kawan2 yg try buat dh menjadi.Happy baking noor!
ReplyDeletewsalam Ina, mmg best.mesti buat lagi.Hazrin bawak gi sekolah 3/4...semua habis,kawan2 kata sedap!tq Ina krn mencetuskan minat utk mencuba.
ReplyDelete