Sunflower Seed And Custard Pie

Assalamualaikum wbr dan selamat sejahtera....


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana masih dipinjamkan umur untuk kita bertemu lagi pada hari ini hari Jumaat yang penuh keberkatan ini.Juga ucapan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga atas rezeki yang dikurniakan saban hari buat kami sekeluarga menikmatinya. Mudah-mudahan kami tidak tergolong di kalangan orang-orang yang kufur nikmat..Amin..


Seperti biasa Ummi ingin berkongsi menu minum petang hari ini yang simple dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Menu ini adalah hasil penggunaan bahan-bahan yang ada dalam senarai stok Ummi, jika tak digunakan nanti 'expired' pulak.Jadi daripada membazir, lebih baik kita olah resepi menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling kita.



Inilah Pai Biji Bunga Matahari dan Kastad. Ummi pun sebenarnya tertanya-tanya juga, sedapkah pai ini nanti? Apabila masak, Ummi hidangkan kepada hubby, 'Eh! Ini kuih Arab ni', kata hubby. Yalah dia dah biasa makan kuih-muih Arab semasa menuntut di Jordan dahulu, sebenarnya ada yang seperti pai yang Ummi hasilkan ini.Alhamdulillah beliau suka dan memuji kesedapannya...begitu juga anak-anak Ummi yang tak sabar-sabar nak makan, hinggakan tarik mukalah bila Ummi asyik shoot gambar tak sudah-sudah...





Mari kita lihat resepinya....

Bahan-bahan: 

2 keping pastri segera ( sebenarnya Ummi tak suka guna pastri segera tapi disebabkan hubby tersilap beli dahulu, nak beli kulit popia asalnya... terpaksalah digunakan juga)
Biji bunga matahari
1 biji telur + sedikit susu segar + sedikit madu@golden syrup - untuk 'eggwash'

Bahan kastad:

750 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
Gula secukup rasa
5 sudu besar tepung kastad Bird's - dilarutkan dengan sedikit susu segar
1 sudu besar mentega


 Cahaya tak cukup ni...dah tahu tapi degil juga nak shoot sebab kalau tak shoot sekarang, beberapa minit lagi makanan ini dah habis!
Cara-cara:


~ Lenserkan acuan pai dengan mentega. Masukkan pastri segera ke dalam acuan. Kemaskan tepinya.
~ Tuangkan susu segar ke dalam periuk, panaskan dengan api yang sederhana tetapi jangan sampai mendidih. Tambahkan gula. Kacau sehingga gula larut.
~ Masukkan esen vanila. Kacau lagi. Kemudian tuangkan pula larutan tepung kastad tadi.
~ Kacau sehingga menjadi likat, masukkan 1 sudu besar mentega supaya kastad menjadi berkilat.
~ Tutup api, angkat dan tuangkan kastad ke dalam acuan pai tadi. Biarkan ia sejuk seketika. Kemudian tutup bahagian atasnya dengan sekeping lagi pastri segera tadi.
~ Sapukan 'eggwash' dan taburkan biji bunga matahari ke atasnya.
~ Bakar selama 40-45 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170 darjah celcius. Masa dan suhu bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing.




Jemput makan semua!

Comments

Popular Posts