Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera.
Jom tengok resepinya anak-anak!
Bahan A ~ Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dikisar
1/2 buku halia saiz sederhana ~ dipotong nipis
1 kiub pati ayam Maggi
Sedikit garam
Bahan B ~ Nasi
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ~ kuantiti beras ikut isi rumah
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ~ dihiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan ~ disimpul
Rempah tumis 4 sekawan ~ Ummi tak letak
Secubit garam
Beras dicuci bersih, toskan. Masukkan beras dalam periuk nasi bersama daun pandan. Ketepikan.
Bahan C ~ Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Carrot
1 sup bunjut - Ummi tak letak
Secubit garam
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Bahan D ~ Sambal Lada
1 biji capsicum merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ~ agak2
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Kisar semua bahan. Masak atas api sederhana hingga kuah sos pekat.
Condiments:
Daun salad
Tomato
Timun
Sedia dihidang panas-panas. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang telah dikurniakan ini.
Alhamdulillah bertemu kita kembali di hari ahad penghujung minggu. Syukur masih diberi kekuatan untuk meneruskan rutin harian seperti biasa dan dapat menyediakan juadah yang enak untuk seisi keluarga menikmatinya.
Hari ini Ummi sediakan Nasi Ayam Hainan untuk keluarga. Alhamdulillah mereka suka menikmatinya. Terima kasih kepada KAK ITA kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Juga terima kasih kepada pemilik resepi asal. Mohon izin Kak Ita saya copy and paste resepi di sini untuk rujukan saya dan anak-anak di kemudian hari ye, terima kasih daun keladi Kak Ita!
Jom tengok resepinya anak-anak!
Bahan A ~ Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dikisar
1/2 buku halia saiz sederhana ~ dipotong nipis
1 kiub pati ayam Maggi
Sedikit garam
Mula-mula letak seekor ayam ke dalam periuk dan masukkan air.
Biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan. Bakar ayam sekejap di dalam oven jika inginkan tekstur yang lebih kering dan garing. Bila nak makan baru di potong ayam dan letak sedikit kicap cair serta renjiskan sedikit minyak bijan. Baki air ayam jangan di buang, kita akan gunakan untuk menanak nasi dan untuk sup.
Biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan. Bakar ayam sekejap di dalam oven jika inginkan tekstur yang lebih kering dan garing. Bila nak makan baru di potong ayam dan letak sedikit kicap cair serta renjiskan sedikit minyak bijan. Baki air ayam jangan di buang, kita akan gunakan untuk menanak nasi dan untuk sup.
Bahan B ~ Nasi
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ~ kuantiti beras ikut isi rumah
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ~ dihiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan ~ disimpul
Rempah tumis 4 sekawan ~ Ummi tak letak
Secubit garam
Beras dicuci bersih, toskan. Masukkan beras dalam periuk nasi bersama daun pandan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan masak hingga agak garing. Bahan ni kita bahagi 2, separuh bahan tumis digunakan untuk masak nasi. Separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti. Setelah dikeluarkan separuh bahan tumis untuk sup, masukkan separuh air rebusan ayam tadi ke dalam periuk. Masak sekejap hingga mendidih. Kemudian kita curahkan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Carrot
1 sup bunjut - Ummi tak letak
Secubit garam
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
1 biji capsicum merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ~ agak2
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Kisar semua bahan. Masak atas api sederhana hingga kuah sos pekat.
Condiments:
Daun salad
Tomato
Timun
Sedia dihidang panas-panas. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang telah dikurniakan ini.
Alhamdulillah berjaya juga hari ini untuk shoot menggunakan mode Aperture tapi adakah gambar ini menarik pada pandangan mata orang lain? Entahlah. Hanya mereka yang menilai. Terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari dan dipraktikkan.
ReplyDeleteKepada yang dah pro, silalah komen untuk saya perbaiki tekniknya.