Maltesers Oh Maltesers!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teruja melihat keindahan kejadian Maltesers Square yang dihasilkan oleh KAK ITA dan KAK UMMI KUANTAN, maka Ummi pun atas desakan anak-anak pun cuba membuatnya, tetapi disebabkan badan kurang sihat jadi mood pun kurang baiklah sebenarnya.Namun untuk menggembirakan hati anak-anak yang tak sabar untuk menikmati keenakan maltesers tersebut, Ummi gagahi juga membuatnya tetapi hasilnya cukup tidak memuaskan hati.

Jadi perkongsian ini sekadar untuk rekod Ummi di masa hadapan sahaja. Untuk menikmati gambar-gambar yang menarik, lihatlah di blog Kak Ita bersama resepinya sekali. Gambar di bawah ini memang tidak cukup menarik pada pandangan mata Ummi.






Apa kenalah hari ini, semuanya tak jadi seperti yang dikehendaki....



Walaupun rupanya tak cantik namun kesedapannya tak dapat dipertikaikan. Memang anak-anak amat menggemarinya. Sayangnya Ummi alergik dengan 'malt', jadi tak bolehlah makan...cuma rasa sedikit saja...itu pun dah rasa nak mula migrain ni....



Apa-apa pun kegagalan ini takkan mematahkan semangat Ummi untuk mencuba lagi...pasti Ummi akan buat lagi apabila telah betul-betul sihat nanti, InshaAllah.

Comments

  1. salam noor - tak apa janji anak2 suka ..tu yg penting :)....noor tak sihat ke?

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ina, Alhamdulillah memang anak dan suami suka, tetamu yang datang pun suka...migrain je...bukan sakit teruk pun tapi dah beberapa hari ni tak baik lagi...biasa2lah tu sekali-sekala sakit...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts