Blackpepper & Seed Bun

Assalamualaikum dan selamat malam semua!


Wahai anak-anakku...dah lewat malam ni...pergilah masuk tidur! Bukan main lagi...bila cuti sekolah...cuti sakan ye, berjaga malam....Hai! Anak-anak ni, kalau tak diingatkan supaya masuk tidur, pukul 1 pagi pun mereka boleh main lagi...


Ummi pun tak boleh tidur awal juga tapi subuh-subuh dah boleh bangun...tak kisahlah pukul berapa pun tidur...inilah nak melayan blog ni sebelum tidur. Malam ni nak kongsi resepi rotilah pulak. Seronok sangatlah rasanya bila roti yang dihasilkan mendapat pujian dan sambutan hangat dari ahli keluarga....hubby kata, 'macam roti beli kat kedailah!'...Alhamdulillah....sebenarnya memang dah lama sangat tak buat roti sendiri, nampaknya kena bermula semulalah aktiviti membuat roti...


Baiklah, jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan:

600 gm tepung roti
2 sudu teh pelembut roti
2 sudu teh 'bread improver'
5 sudu besar gula- boleh tambah jika nak lebih manis
2 sudu besar garam- boleh kurangkan jika tak nak masin
3 sudu teh yis kering
1 biji telur gred A
4 sudu besar mentega
320 ml susu segar
Serbuk lada hitam
Biji bunga matahari
Sedikit telur+susu segar+golden syrup@madu untuk 'eggwash'
Sedikit mentaega cair


Cara-cara:

~ Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer dan uli sehingga semuanya sebati dan menjadi seketul doh.Rehatkan selama lebih kurang 45 minit ke 1 jam dengan menutupnya dengan 'kitchen towel' bersih yang lembap.Doh akan naik sekali ganda.


 ~ Kemudian uli semula doh lebih kurang 5 minit. Bahagikan doh seberat 40 gm setiap satu.
~ Bulat-bulatkan doh menjadi seketul doh kecil atau buatkan bentuk yang anda sukai.
~ Rehatkan doh sekali lagi sehingga naik sekali ganda.


~ Sapukan 'eggwash', taburkan biji bunga matahari dan serbuk lada hitam sebelum membakar.
~ Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 160 darjah celcius selama 30 minit. Masa membakar dan suhu bergantung kepada ketuhar masing-masing.
~ Apabila telah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan mentega cair supaya roti kelihatan berkilat.


* Gunakan sudu @ cawan penyukat yang dikhaskan untuk menyukat bahan-bahan pastri setiap kali membuat roti, biskut atau kek supaya mendapat hasil yang 'standard' setiap kali membuatnya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts