Blueberry Tiramisu
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera.
Selamat menyambut Hari Assyura yang jatuhnya pada hari ini 10 Muharram 1433H. Selamat berpuasa juga kepada yang berpuasa sunat. Pasti ramai yang menyediakan bubur Assyura pada hari ini terutamanya di kampung-kampung. Sudah menjadi adat atau budaya di kebanyakan kampung-kampung untuk menyediakan bubur Assyura sama ada masin atau manis. Mereka bergotong-royong dari pagi hingga ke petang.Dapat Ummi bayangkan ketika ini ibu Ummi pun pastinya sibuk membantu rakan-rakannya di surau menyediakan bubur Assyura ini.
Asal perancangan pada hari ini, Ummi juga berhajat untuk menyediakan bubur Assyura ini. Namun dek kelupaan untuk menyediakan bahan-bahannya terpaksalah Ummi tunda ke hari lain, InshaAllah. Walau bagaimanapun, hari ini Ummi nak kongsikan resepi yang dah terlalu biasa sangat orang dengar dan membuatnya iaitu Kek Tiramisu, tetapi disebabkan kek ini permintaan khas anak bongsu Ummi, Si Hakim ni...jadi Ummi pun kongsi sajalah.
Kek ini pun telah diubahsuai mengikut bahan-bahan yang ada di rumah saja.
Mari kita ke dapur!
Bahan-bahan:
Untuk sirapnya:
200 gm blueberry filling
150 ml air suam
2 sudu besar gula icing
Sedikit lemon 'zest'
~ Bancuh semua bahan dan ketepikan.
Untuk keknya:
1 paket biskut Tiramisu yang boleh dibeli di kedai bakeri
500 gm keju mascarpone
200 ml whipping cream
200 gm gula icing dibahagi kepada 2 bahagian ( 1 bhgn.untuk keju dan 1 bhgn. untuk cream)
100 ml larutan 'orange sunquick'
~ Putarkan keju sehingga kembang, masukkan gula icing dan putar lagi sehingga gebu.
~ Di dalam mangkuk adunan yang lain, putarkan whipping cream sehingga pekat, masukkan gula icing. Putar lagi.
~ Kemudian satukan whipping cream ke dalam adunan keju tadi. Gaulkan menggunakan spatula sehingga sebati.
~ Sediakan loyang 'springfoam'. Ratakan sirap blueberry ke dalam loyang. Celupkan biskut 'lady's finger' ke dalam larutan 'orange sunquick' tadi. Atur memenuhi loyang.
~ Kemudian tuangkan separuh bahagian adunan keju tadi ke dalam loyang dan ratakan.
~ Ulangi proses pertama tadi semula diikuti proses seterusnya sehingga habis.
~ Sejukkan di dalam peti ais semalaman atau sekurang-kurangnya 5-6 jam sebelum dipotong.
~ Taburkan serbuk koko sebelum memotong.
Selamat mencuba anak-anakku!

Aduhh! Comot!!!!Kat kedai tu campur gelatin, tu pasal nampak cantik licin je potongannya....
ReplyDeletesalam noor - ada jual gelatin halal..@pun beli halal gel. insya Allah...cake pasti sedap guna mascarpone sbg bahan utama nya
ReplyDeleteWsalam Ina, memang dah jumpa pun gelatih halal gel tu kat Giant tapi tak beli masa tu..semlm masa buat kek ni tak teringat pun pasal nak letak gelatin.Hari pun dah petang,SiHakim pun kecoh tanya bila nak siap,bila nak siap kek dia ni...tapi memang sedap..saya buat double resepi lagi, habis licin!
ReplyDelete