Fried Egg Noodles
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera!
Oklah anak-anak Ummi, hari ni Ummi nak share resepi yang selalu Ummi buat untuk sarapan keluarga. Penyediaan yang senang dan cepat. Mee Telur Goreng.Selalunya bahan-bahan yang Ummi gunakan berbeza-beza setiap kali Ummi membuat mee ni, ikut stok bahan yang adalah...
Untuk hari ini, jom kita tengok bahan-bahannya:
Bahan-bahan:
1 paket mee telur
1 genggam taugeh
1 tangkai daun sup@daun bawang
1 keping dada ayam dipotong kecil
2 ulas bawang putih-crushed
2 ulas bawang merah-sliced
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
1 keping tauhu goreng dipotong dadu besar
Bawang goreng
1 biji cili merah-sliced
Cara-cara:
~ Celurkan mee telur sehingga kembang, angkat dan toskan.
~ Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi, masukkan cili kering.Tumis lagi hingga garing.
~ Masukkan pula isi ayam, kacau. Tambahkan garam, sos cili,sos tomato dan kicap.
~ Kemudian masukkan mee, taugeh dan daun sup@daun bawang. Kacau hingga semuanya 'mesra'.
~ Tambahkan tauhu goreng dan bawang goreng, kacau sebentar. Tutup api dan angkat.
~ Sebelum menghidang taburkan hirisan cili merah, daun sup@daun bawang, bawang goreng dan limau kasturi. Boleh juga dihidang bersama ulaman kesukaan seperti timun dan tomato.
Selamat menjamu selera!
Wah, tak sedar masa berlalu pergi....! Actually nak post pagi tadi menu sarapan ni tapi disebabkan En.Hubby Ummi mengadap desktop ni dari pagi sampai ke petang, tak ada peluanglah Ummi nak post pagi tadi.Ummi tak suka guna laptop kerana semua gambar Ummi save dalam desktop, simpan di satu tempat senang nak refer semula, taklah nanti tercari-cari kan?
Untuk hari ini, jom kita tengok bahan-bahannya:
Bahan-bahan:
1 paket mee telur
1 genggam taugeh
1 tangkai daun sup@daun bawang
1 keping dada ayam dipotong kecil
2 ulas bawang putih-crushed
2 ulas bawang merah-sliced
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
1 keping tauhu goreng dipotong dadu besar
Bawang goreng
1 biji cili merah-sliced
Cara-cara:
~ Celurkan mee telur sehingga kembang, angkat dan toskan.
~ Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi, masukkan cili kering.Tumis lagi hingga garing.
~ Masukkan pula isi ayam, kacau. Tambahkan garam, sos cili,sos tomato dan kicap.
~ Kemudian masukkan mee, taugeh dan daun sup@daun bawang. Kacau hingga semuanya 'mesra'.
~ Tambahkan tauhu goreng dan bawang goreng, kacau sebentar. Tutup api dan angkat.
~ Sebelum menghidang taburkan hirisan cili merah, daun sup@daun bawang, bawang goreng dan limau kasturi. Boleh juga dihidang bersama ulaman kesukaan seperti timun dan tomato.
Selamat menjamu selera!
Comments
Post a Comment