Cili Tuna Puff
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera.....
Syukur, Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakanNya Ummi tidaklah risau memikirkan hal ini, lagipun Ummi telah keluar awal untuk membeli peralatan sekolah anak-anak.Ummi tidak suka membeli disaat akhir kerana sudah pasti akan mendatangkan masalah memilih saiz baju, seluar dan kasut anak terutamanya anak sulung Ummi, Hazrin yang akan melangkah ke alam persekolahan menengah pada tahun hadapan.Yin mempunyai ketinggian hampir 170cm dan memakai kasut saiz 9.Alhamdulillah beliau mempunyai badan yang langsing, jadi tidaklah sukar sangat mendapatkan saiz bajunya tetapi masalah seluarnya akan sengteng dalam bulan 5 atau 6 setiap tahun, begitu jugalah saiz kasutnya akan bertambah...pada waktu itu, mula Ummi akan pening kepala mencari kasut dan seluarnya.Masalah yang sama juga berlaku kepada adiknya Hakim tetapi Hakim ni tidaklah membesar secepat abangnya.
Oklah, cukup cerita hal anak-anak ni.Hari ni Ummi nak kongsikan resepi puf tuna bercili.Mari kita ke dapur....
Bahan-bahan:
1 keping pastri segera-ni nak menghabiskan yang masih berbaki sekeping hari tu
1/2 tin 'Sambal Tuna Magik'
Eggwash-bancuhan telur,susu segar dan golden syrup@madu
Sedikit mentega cair
Cara-cara:
~Lenserkan loyang dengan mentega.
~Letakkan sambal tuna di atas pastri segera.Sapukan 'eggwash' disekeliling pastri dan lipat 2.
~Kemaskan tepinya dan tekan dengan garpu supaya tidak terbuka.
~Letakkan di atas loyang dan bakar selama 30 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius terlebih dahulu.
~Apabila telah masak, keluarkan dan sapu dengan mentega cair supaya berkilat.
~Sedia dihidangkan panas-panas.
Alhamdulillah masih dipertemukan Allah swt kita dihari ini.Pejam celik-pejam celik sudah hampir ke penghujung tahun 2011.Kini pasti para ibu bapa, ibu khususnya sibuk menguruskan persediaan sekolah anak-anak.Kalau anak seorang dua tu...mungkin tak terasa sangat akan kesibukannya...bayangkanlah jika mempunyai 5,6 atau 7 anak yang bersekolah dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti...mahu pening mak bapak memikirkannya...dari perbelanjaan dan waktu yang perlu diperuntukkan bagi membeli barangan persekolahan mereka.
Syukur, Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakanNya Ummi tidaklah risau memikirkan hal ini, lagipun Ummi telah keluar awal untuk membeli peralatan sekolah anak-anak.Ummi tidak suka membeli disaat akhir kerana sudah pasti akan mendatangkan masalah memilih saiz baju, seluar dan kasut anak terutamanya anak sulung Ummi, Hazrin yang akan melangkah ke alam persekolahan menengah pada tahun hadapan.Yin mempunyai ketinggian hampir 170cm dan memakai kasut saiz 9.Alhamdulillah beliau mempunyai badan yang langsing, jadi tidaklah sukar sangat mendapatkan saiz bajunya tetapi masalah seluarnya akan sengteng dalam bulan 5 atau 6 setiap tahun, begitu jugalah saiz kasutnya akan bertambah...pada waktu itu, mula Ummi akan pening kepala mencari kasut dan seluarnya.Masalah yang sama juga berlaku kepada adiknya Hakim tetapi Hakim ni tidaklah membesar secepat abangnya.
Oklah, cukup cerita hal anak-anak ni.Hari ni Ummi nak kongsikan resepi puf tuna bercili.Mari kita ke dapur....
Bahan-bahan:
1 keping pastri segera-ni nak menghabiskan yang masih berbaki sekeping hari tu
1/2 tin 'Sambal Tuna Magik'
Eggwash-bancuhan telur,susu segar dan golden syrup@madu
Sedikit mentega cair
Cara-cara:
~Lenserkan loyang dengan mentega.
~Letakkan sambal tuna di atas pastri segera.Sapukan 'eggwash' disekeliling pastri dan lipat 2.
~Kemaskan tepinya dan tekan dengan garpu supaya tidak terbuka.
~Letakkan di atas loyang dan bakar selama 30 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius terlebih dahulu.
~Apabila telah masak, keluarkan dan sapu dengan mentega cair supaya berkilat.
~Sedia dihidangkan panas-panas.
salam noor - Ya ALLAH tinggi nya hakim...anyway menarik la puff tu
ReplyDeleteWsalam Ina, yg tinggi tu Yin...Hakim masih rendah dari saya lagi tapi dalam setahun memang naik banyaklah..Tulah hasil ambil Usana...Masih bercuti lagi ke?
ReplyDelete