Oregano Chicken Fried Rice
Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua.
Mari kita tengok resepinya anak-anak!
Bahan-bahan Nasi:
1 pinggan nasi ayam dikarih-karih
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 cm belacan
Sejemput ikan bilis dicuci bersih
3 tangkai kacang panjang dipotong halus
1/4 biji capsicum merah dipotong dadu
Garam, gula dan kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara-cara:
~ Kisar kering bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis.
~ Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan wangi.
~ Masukkan kacang panjang dan capsicum, kacau dan perasakan dengan garam, gula dan kicap manis.Kacau lagi.
~ Masukkan pula nasi dan kacau rata sehingga semuanya sebati.
~ Tutup api dan bolehlah diangkat.
Bahan-bahan Ayam:
5-6 ketul dada ayam
Rempah oregano
Kicap manis
Garam
Sedikit minyak zaitun
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
~ Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas dan ketepikan sebentar.
~ Panaskan minyak, goreng ayam sehingga keperangan dan angkat.
~ Potong kecil-kecil untuk menghidang.
Siap untuk dinikmati. Alhamdulillah habis licin semua!
Syukur kita telah 9 hari berada di tahun baru 1433. Mudah-mudahan kedatangan tahun baru ini membawa rahmat, berkat dan lindungan Allah swt buat kita semua serta dipermudahkan segala urusan seharian agar kita senangtiasa mengingati dan memuji kebesaranNya, di samping tidak lupa berselawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah saw.
Alhamdulillah hari ini dapat juga Ummi menyediakan juadah untuk hidangan keluarga walaupun tidak seberapa hebat namun rezeki yang diberi tetap disyukuri. Kepada anak-anak Ummi, hari ini Ummi kongsikan resepi Nasi Goreng Ayam Oregano.
Sebenarnya resepi ini agak lain sikit kerana Ummi menggunakan nasi dan ayam lebihan menu Nasi Ayam Hainan semalam. Ayamnya Ummi ubahsuai sedikit dengan memerapnya bersama rempah oregano.
Mari kita tengok resepinya anak-anak!
Bahan-bahan Nasi:
1 pinggan nasi ayam dikarih-karih
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 cm belacan
Sejemput ikan bilis dicuci bersih
3 tangkai kacang panjang dipotong halus
1/4 biji capsicum merah dipotong dadu
Garam, gula dan kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara-cara:
~ Kisar kering bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis.
~ Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan wangi.
~ Masukkan kacang panjang dan capsicum, kacau dan perasakan dengan garam, gula dan kicap manis.Kacau lagi.
~ Masukkan pula nasi dan kacau rata sehingga semuanya sebati.
~ Tutup api dan bolehlah diangkat.
Bahan-bahan Ayam:
5-6 ketul dada ayam
Rempah oregano
Kicap manis
Garam
Sedikit minyak zaitun
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
~ Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas dan ketepikan sebentar.
~ Panaskan minyak, goreng ayam sehingga keperangan dan angkat.
~ Potong kecil-kecil untuk menghidang.
Siap untuk dinikmati. Alhamdulillah habis licin semua!
Baru discover blog ummi nor ni, i like!
ReplyDeleteTerima kasih Chah!
ReplyDelete