Anak Oh Anakku!

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera semua,

Mudah-mudahan semuanya berada dalam lindungan dan rahmat dari Allah swt sepanjang masa walau di mana jua anda berada.Dipermudahkan segala urusan dan pekerjaan,InshaAllah....Hai...dah beberapa hari Ummi tak post pasal masak-masak...bukannya tak masak tapi tak sempat nak shoot gambar.


Inilah kasut Yin (12 tahun) dan Hakim (9 tahun)....sajalah Ummi rakamkan untuk kenangan di masa akan datang.... 


Macam mana persediaan persekolahan anak-anak semua? Rasanya telah ramai yang sudah membeli atau menempah seluar baju anak dan lain-lain keperluankan? Dalam kita ghairah menyediakan keperluan anak-anak ini, perlu diingat juga supaya sikap berjimat-cermat diutamakan.Janganlah kita terlalu mengikut kehendak anak-anak yang mahukan peralatan atau pakaian serba baru sekiranya yang lama masih boleh digunakan.Didiklah nak-anak kita supaya sentiasa berhemah dalam berbelanja dan tidak bersikap boros serta pandai menghargai barang-barang lama.Itulah yang selalu Ummi pesan kepada anak-anak. Tidak kiralah sama anda ibu-bapa yang senang atau susah, sikap bersederhana dalam semua perkara amatlah elok jika kita praktikkan.Kepada yang senang, sentiasalah ingat akan kesusahan yang pernah dilalui atau kesusahan orang lain bagi mendidik jiwa kita supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita.

Ehh! Macam ceramahlah pulak! Sebenarnya peringatan ini untuk anak-anak Ummi dan untuk diri Ummi sendiri juga tetapi sekiranya ada kebaikan kepada yang lain, tidak salah kiranya kita saling ingat-mengingati.

Comments

Popular Posts