Laksa Lemak, Pahang ke Kelantan Style?

Assalamualaikum wbr dan selamat pagi semua!




Apa khabar anak-anak dan rakan-rakan Ummi pagi ni? Mudah-mudahan semuanya beroleh kesejahteraan di samping keluarga tersayang.




Jarang sekali Ummi dapat post sesuatu di blog ni pagi-pagi tapi Alhamdulillah hari ni dapatlah Ummi kongsikan menu sarapan kami pagi ini, Laksa Lemak tapi ni style Pahang ke Kelantan, Ummi pun tak pasti...hehehe...ada cerita disebalik kejadian Laksa Lemak ni tapi biarlah rahsia!!




Jomlah kita tengok resepinya...resepi kuah Ummi ambil dari blog LINA


Bahan-bahan:

1 paket laksa direndam dan direbus,kemudian toskan 

  
Bahan untuk kuahnya:
 Ikan (direbus,dibuang tulang) dan dikisar halus
 Daun kesum 
 Sedikit halia 
 Sedikit bawang putih 
 Sedikit bawang merah/besar 
 Sedikit lada hitam dikisar @ tumbuk 
 200ml pati santan 
 Asam keping 
 Sedikit garam 
Sedikit gula merah/gula

 Condiments:

  • Timun
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Daun kesum (dipotong halus)
  • Cili merah
  • Sambal belacan
  • Limau kasturi/nipis
  •   
  • Cara-cara:
  •  
  • Kisarkan isi ikan hingga hancur dan masukkan ke dalam periuk.
  • Kemudian kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Masukkan ke dalam peiuk tadi.

  • Renihkan di atas api, masukkan juga daun kesum dan asam keping.

  • Kemudian tambahkan santan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

  • Biarkan mendidih. Kemudian tutup api. Bolehlah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingannya seperti di atas.

Comments

  1. salam Noor - Alhamdulilah menarik makanan dan gambar nya pandai noor susun atur...

    ReplyDelete
  2. Wsalam, Alhamdulillah..terima kasih.

    ReplyDelete
  3. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts