Tips Pengurusan Dapur Yang Berkesan

Dapur adalah nadi sesebuah rumahtangga, di dapurlah permulaan hari bagi setiap orang dan dari dapur jugalah datangnya penyakit.Oleh sebab itu, pengurusan dapur yang baik dan berkesan mampu memberi kesejahteraan kepada keluarga anda.

Kepada anak-anak yang baru berjinak-jinak ke dapur dan kepada yang bakal mendirikan rumahtangga, tips-tips ini mungkin berguna buat anda.

1. Ruang dapur haruslah sentiasa bersih dan kemas-lantai disapu,dimop dan dinding dilap.

2. Pastikan ada sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik bagi keselesaan anda semasa bekerja di dapur.

3. Bersihkan dapur dengan segera selepas setiap kali memasak agar proses pembersihan lebih mudah.

4. Sediakan tempat penyimpanan barang-barang yang berasingan untuk pinggan mangkuk, periuk belanga, bahan makanan kering, bahan makanan basah dan bahan-bahan pencuci.

5. Sentiasa periksa makanan di dalam peti sejuk.Buang makanan yang rosak dan sentiasa bersihkan peti sejuk anda.

6. Disiplinkan diri untuk mengamalkan sistem 'FIFO (first in first out) @ LILO (last in last out)'.Makanan yang baru dibeli haruslah disimpan di bahagian dalam atau belakang, manakala bahan makanan yang telah lama diletakkan dibahagian depan.Gunakan bahan yang lama dahulu tetapi sentiasalah periksa tarikh luput.

7. Simpanlah balang @ bekas gula, tepung, kopi, teh, susu dan sebagainya di dalam kabinet agar dapur kelihatan kemas dan teratur.

8. Simpanlah pinggan mangkuk dan periuk belanga yang telah kering di dalam kabinet @ rak penyimpanan yang sesuai.

9. Jangan terlalu menghias dapur dengan perhiasan yang tidak perlu kerana ia boleh memerangkap habuk dan minyak.

10.Sentiasa jadikan peringatan dan amalan bahawa dapurlah nadi sesebuah rumahtangga, sepatutnya menjadi tempat kegemaran ahli keluarga untuk berkumpul dan pastikan ianya cukup selesa untuk anda semua.

Source: Buku Chef Kamarul-RESEPI 30 MINIT

Comments

Popular Posts