Bagaimana Menjadikan Kerja Memasak Dan Membersih Dapur Lebih Pantas?
Ramai orang menghabiskan masa terlalu lama di dalam dapur tetapi hasilnya tidak seberapa.Oleh itu, untuk menjadikan kerja-kerja memasak lebih mudah dan cepat, cubalah tips ini.
1. Buat senarai keperluan dapur lebih awal supaya tiada barang-barang yang ketinggalan atau terlupa. Pilihlah satu hari yang tetap untuk membeli belah dan pergilah membeli belah di pasar @ pasaraya yang menawarkan segala keperluan anda bagi menjimatkan masa dan kos.
2. Belilah barang untuk keperluan seminggu.
3. Seelok-eloknya pada hari anda keluar membeli belah, beli sahajalah makanan tengahari kerana anda pastinya sudah kepenatan untuk memasak dan akan sibuk menguruskan barang-barang yang telah dibeli.
4. Setelah pulang, potong, siang dan bersihkan semua bahan makanan yang telah dibeli.
5. Bungkuskan bahan makanan tersebut mengikut keperluan sekali memasak sahaja bagi memastikan kesegaran bahan makanan tersebut.Contoh- keperluan sekali memasak untuk daging sebanyak 500gm, anda membeli 1 kg.daging.Pekkan setiap satu bungkusan seberat 500gm.
6. Gunakan bekas dan teknik yang sesuai semasa membungkus.Sayur-sayuran hendaklah dibalut dengan kertas minyak, jangan gunakan suratkhabar kerana ia bertoksid.Ikan,ayam dan daging boleh dimasukkan ke dalam plastik atau bekas bertutup kemas.
7. Semasa menyimpan di dalam peti sejuk, amalkan sistem FIFO-First In First Out.
8. Kisarlah bawang, halia dan cili kering dengan minyak lebih awal dan simpan di dalam peti sejuk supaya senang digunakan.
9. Rangka menu untuk seminggu.Kaedah ini memudahkan anda memasak.
10.Pilihlah menu yang bersesuaian.Jika anda memilih untuk memasak makanan yang mengambil masa lama untuk dimasak seperti rendang, sesuaikan dengan menu-menu lain yang lebih ringkas dan cepat penyediaannya.
11.Cuba memasak dua atau tiga dapur serentak.Kaedah ini akan menjadi lebih mudah sekira anda selalu mempraktikkannya.Kepada yang belum biasa memang terasa agak susah.
12.Bagi memasak dua atau tiga jenis serentak, anda memerlukan perkakas memasak yang sesuai dan mencukupi.
13.Pastikan anda membuat kerja yang dapat mengurangkan kerja-kerja mengemas.Kurangkan penggunaan bekas-bekas.Basuhlah bekas-bekas yang telah digunakan segera jika berkesempatan, jangan dilonggokkan di dalam sinki.
14.Masak secukupnya sahaja dan elakkan memasak berlebihan.Makanan berlebihan memerlukan anda menggunakan banyak bekas untuk menyimpan dan akan menambahkan kerja-kerja mencuci dan mengemas nanti apabila akhirnya makanan yang berlebihan itu dibuang kerana tidak dimakan semula.
Selamat mencuba...
Source: Buku Chef Kamarul-RESEPI 30 MINIT

Comments
Post a Comment