Eggdrop Mushroom Soup
Assalamualaikum,
Menu hari ni tersangatlah simplenya anak2. Ummi masak sup cendawan je..so, jom kita mula.
Bahan-bahan:
1 paket oyster mushroom-bersih dan koyak2kan
6-7 ekor udang sederhana @ sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih-diketuk
5 ulas bawang merah- buat bawang goreng
1 biji putih telur-kalau nak guna semua pun boleh
1 kiub pati ayam-kalau nak letak, tak letak lagi bagus
1 tangkai daun sup
Garam,gula seenak rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 gelas air masak
Cara-cara:
~ Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
~ Masukkan udang @ ikan bilis, kacau sebentar.Kemudian masukkan cendawan, kacau.
~ Tuangkan air, masukkan kiub pati ayam, biar merenih sebentar.Kemudian masukkan telur sambil dikacau supaya tidak berketul-ketul.
~ Tambah garam dan gula jika tidak cukup masin.Biar sebentar, tutup api dan hidangkan. Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Dah siap!
Comments
Post a Comment