Stir Fried Long Bean&Meat
Salam...kali ni saya buat sayur kacang panjang goreng dengan daging je!Ni mesti Chef yang dah pro kat luar tu senyum sinis je...hai sayur simple camni pun nak masuk blog jugak.
Jangan tak tahu...kat luar sana tu ramai yang tak pernah masak dan tak tahu masak.So, ni sumbangan saya untuk mereka...jangan marah!
Bahan-bahan:
6 jalar kacang panjang
1 biji bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-diketuk
200 gm daging batang pinang-hiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah
Garam secukupnya
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Cuci kacang panjang dan potong menyerong.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar hingga naik bau.
3. Masukkan daging batang pinang, kacau hingga daging lembut dan masukkan kacang panjang.Tambah sedikit air sekiranya terlalu kering.
4. Masukkan garam dan sos tiram.Angkat dan hidangkan. Taburkan hirisan cili merah.
Itu saja....dah siap dan sedia untuk dimakan panas-panas.
Comments
Post a Comment