Meriahnya Raya...

Assalamualaikum wbr...Salam sejahtera,

Rasanya masih belum terlewat utuk mengucapkan Selamat Meraikan Aidil Fitri buat semua kenalan di luar sana. Alhamdulillah, hari raya tahun ini cukup meriah apabila dapat berkumpul semua adik-beradik. Sama-sama bekerjasama memasak dan melayan tetamu.

Tetamu pula ramai yang bertandang tahun ini. Tak menang tangan saya dibuatnya apabila  adik-beradik telah bergerak ke destinasi masing-masing. Tinggallah saya seorang menguruskan makan-minum tetamu. Terasa kepenatannya, maklumkah saya baru sahaja lepas menjalani kemo pada hari Rabu 15/7/15. Pada malam itu juga kami sekeluarga bertolak pulang ke Pahang. Perjalanan yang biasanya 1 jam hingga 1 jam 15 minit mengambil masa 3 jam lebih. Saya juga terpaksa memandu bagi menggantikan suami yang mengantuk..Alhamdulillah, masih bertenaga walaupun seharian di hospital.

Cuti raya ini banyak dihabiskan dengan melayan tetamu yang datang. Tidak sempat untuk menziarahi semua sanak-saudara. Walaubagaimanapun, kami pulang ke kampung pada setiap hujung minggu dan bolehlah kami pergi menziarahi mereka.

Comments

Popular Posts