Kuih Serabai
Assalamualaikum wbr...salam sejahtera..
Tiba-tiba teringat makan kuih serabai Makcik Som semasa di Kelas Hadith tempoh hari..apalagi, order online acuan serabai. Semalam order acuan hari ini dah sampai...Hubungi Makcik Som untuk bertanyakan resepinya. Sebelum pulang ke kampung beli siap segala bahannya untuk buat semasa di kampung nanti.
*Imej dari Google-blog ResepiNanie
*Imej dari Google-blog ResepiNanie
Pertama kali makan kuih serabai cicah kuah durian memang menyelerakan, sampai teringat-ingat.Memandangkan penyediaannya mudah, saya tekad untuk membuatnya...tapi tak boleh makan banyak! Kena pantang gula dan lemak...rasa untuk lepas kempunan sudahlah...
Bahan-bahannya (resepi asli keluarga Makcik Som ):
3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 paket yis segera (mauripan)
Garam, gula secukup rasa
Sedikit santan pekat dan air
*Tidak perlu terlalu lemak kerana Kuah Durian sudah lemak tetapi jika ingin dicicah dengan sambah atau kari, bolehlah dilebihkan santan pekat.
Garam, gula secukup rasa
Sedikit santan pekat dan air
*Tidak perlu terlalu lemak kerana Kuah Durian sudah lemak tetapi jika ingin dicicah dengan sambah atau kari, bolehlah dilebihkan santan pekat.
Cara-caranya:
Campur semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga jadi doh yang lembut. Ketepikan dan biar doh mengembang selama 2 jam.
Campur semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga jadi doh yang lembut. Ketepikan dan biar doh mengembang selama 2 jam.
Jangan lebih supaya adunan tidak menjadi masam.
Apabila telah kembang, masuk air dan kacau sehingga menjadi batter yang cair seperti batter Kuih Cara.
Panaskan acuan di atas api yang sederhana, sapu sedikit minyak dalam acuan menggunakan daun pandan yang disimpul.
Tuang sedikit adunan dan biarkan masak. Tutup acuan dengan tudung periuk atau seumpamanya. Apabila kelihatan berbuih atau berlubang-lubang bolehlah diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
* Cara Makcik Som memang berbeza dengan cara-cara yang terdapat di dalam Google, begitu juga dengan resepinya tetapi hasilnya memang memuaskan hati.
* Imej dari Google
*Imej dari Google
* Cara Makcik Som memang berbeza dengan cara-cara yang terdapat di dalam Google, begitu juga dengan resepinya tetapi hasilnya memang memuaskan hati.
* Imej dari Google
*Imej dari Google
Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
4 ulas durian
2 helai daun pandan
1/2 cawan gula merah@gula kabung@gula melaka
Gula putih secukupnya jika kurang manis
2 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Sedikit garam
*Ada juga resepi menambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah tetapi saya lebih suka ia dipekatkan dengan santan sahaja kerana rasa lemaknya.
*Ada juga resepi menambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah tetapi saya lebih suka ia dipekatkan dengan santan sahaja kerana rasa lemaknya.
*Kepekatan kuah durian ini bolehlah diubah suai mengikut citarasa. Kuantiti memasak adalah suatu yang subjektif..ia boleh diubahsuai tetapi jangan sampai hilang keasliannya.Bahan-bahan asal perlu dikekalkan.
*Imej dari Google- Serabai versi Bandung, warna hijau, bubuh jus daun pandan. Ada juga yang cicah dengan Sos Pisang.
*Imej dari Google- Serabai versi Bandung, warna hijau, bubuh jus daun pandan. Ada juga yang cicah dengan Sos Pisang.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment