Ginger Rice

Assalamualaikum wbr...

Terfikir-fikir apa nak masak untuk anak-anak hari ini...malas nak masak lama-lama..

Fikir punya fikir, buat Ginger Rice sajalah. Bahannya pun mudah...semua ada di rumah. Tak payah nak sukat beria-ia...campak-campak sajalah, agak-agak sajalah.



Bahan-bahannya:

4 cawan beras-cuci dan toskan
1 batang serai diketuk
1 buku halia*
4 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
2 helai daun pandan-disimpul
1 kiub pati ayam
Garam
Minyak sapi@mentega
Air secukupnya

Caranya:

Kisar semua bahan bertanda*.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi eletrik dan tumis bahan kisar serta serai hingga pecah minyak.
Masukkan daun pandan, kiub pati ayam, garam dan air. Kacau sebentar.
Masukkan beras dan kacau. Tanak nasi seperti biasa.



Apabila nasi masak hidangkan dengan sayur-sayuran celur, ayam goreng (saya guna Ayam Drummet Ramly sahaja) dan sos cili Thai. Boleh perap ayam sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Dah siap...jom makan anak-anak!

*Gambar anak yang ambil..kira oklah ni.

Comments

  1. Some times its a pain in the ass to read what blog owners wrote but this site is very user friendly ! .

    ReplyDelete
  2. Aw, this was an extremely nice post. In idea I have to put in place writing similar to this additionally – spending time and actual effort to manufacture a good article… but what things can I say… I procrastinate alot and also no indicates manage to get something carried out.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts