Butter Melt Cake Heaven

Assalamualaikum wbr...salam sejahtera,

Hari ini tiba-tiba rasa hendak buat kek atau 'dessert'..tak boleh makan pun tetapi terasa ingin membuatnya. Bagi keluarga makan...jadi saya google apa-apa sahaja, lalu terjumpa resepi butter cake di Facebook ini AstiniCake. Nampak macam menarik saja resepi ni...bolehlah cuba buat kerana 'Butter cake' nya nampak tidak kering.

*Imej dari FB Astini Cake's

Bahan-bahan (Copy paste dari FB):

5 telur gred A

1 cawan butter dicairkan
1/2 cawan gula caster

1/2 cawan susu pekat

1 cwn self raising flour*

1 cwn tpg gandum*

2 sudu teh baking powder*

1 sudu besar ovelette

1 sudu teh vanilla esen

1 sudu teh perisa pandan

Warna hijau & kuning

Cara

1.Putar kembang telur+gula+ovelette.

2.Masuk butter+susu pekat+vanilla+bahan bertanda * yg sudah diayak.

3.Masuk sikit2 

4.Bahagi adunan kpd 2.Satu bubuh setitis kaler kuning+vanilla.Satu lagi masukan perisa pandan n kaler hijau.

5.Bubuh dlm loyang 8x8' selang seli hingga habis.Loyang sudah di alas ngn kertas baking yer.

6.Panaskan oven 150@160' bakar 1jam atau hingga kek masakbergantung pd oven masing2.

7.Sebaik masak sisip tepi2 loyang & terbalikkn kek utk mengelakkn kek mendap.

8.Tutup ngn tuala hingga sejuk supaya kek kekal lembap.Cubalah..Taadaa..ini lah hasilnya..


*Imej  dari FB Astini Cake's


Terima kasih Astini Cake's kerana berkongsi resepi..



Comments

Popular Posts