Ummi's Garden Salad


Assalamualaikum wbr...

Wah...lama benar dah rasanya tak buat salad2 segar macam ni, teringat masa zaman muda2 dulu (cewah...macam dah tua sangat skrg ni..), masa tengah bergelumang dengan salad2 dan sos2 di Garde Manger...sehinggakan terkenal dengan jolokan 'The Mayonnaise Girl' hahahaha...pada waktu itulah timbul rasa minat dan suka makan sayuran segar lagi mentah bersama pelbagai nama sos dan 'dressing' tapi kini semua tu sudah terkubur.

Inilah nak bangkit semula...memandangkan ada banyak masa dan peluang untuk mempraktikkannya semula.Hendak tak hendak sajalah...moga2 hasrat ni kekal selamanya.Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Oklah untuk permulaannya anakanda2ku, kita start dengan garden salad ummi's style...

Bahan-bahannya:

1 biji (panggil biji ke?apa2lah...) butterhead lettuce
10-15 biji cherry tomato
5 slice cheddar cheese- potong kecil2
2-3 pokok red-tip leaf lettuce
2-3 pokok lolo bionda lettuce
1 botol sos 1000 Island @ kalau rajin buat sendiri-tapi malangnya Ummi tak rajin kali ni..

Specially requested by anakanda Hakim yang tengah demam tuu...

Cara-caranya:

~ Cuci bersih semua sayur2an tadi dan toskan.

~ Carik2kan semua lettuce dan masukkan ke dalam salad bowl @ mangkuk besar.

~ Belah dua cherry tomato dan gaul2kan bersama lettuce yang telah dicarik2 tadi.

~ Alihkan ke dalam pinggan dan taburkan potongan keju cheddar. Kemudian tuangkan sos 1000 Island di atasnya.

~ Sedia untuk dinikmati.

Terasa bagaikan duduk di dalam kebun sayur2an pulak...segar jer...actually anda boleh hidangkan salad ini dengan pelbagai sos @ dressing kegemaran anda, tak semestinya 1000 Island saja.

Inilah menu yang tak seberapa hari ni...alamak baru perasan, sejemput jer ikan bilis tu...sebenarnya ada lagi kat belakang tu...jemput makan!

Bersyukurlah Dengan Nikmat Allah

Syeikh Ibn'Atha'illah al-Sakandari berkata dalam kitabnya al-Hikam: 'Antara nikmat yang paling sempurna ke atas kamu ialah apabila Dia menganugerahkan kamu rezeki yang mencukupi dan menahan sesuatu yang dapat menghancurkanmu...'

(Mecapai Makam Siddiqun dan Rabbaniyun-Said Hawwa)

Comments

Popular Posts