Ketam Masak Lemak Nenas


Assalamualaikum semua...pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan April dah ye...sekejap benar waktu berlalu...begitu jugalah halnya dengan masak-memasak ni...memasaknya lama tapi memakannya sekejap benar habisnya...

Sebenarnya hari ni nak share resepi ketam dengan anak2 Ummi ni..memang favourite u all lah menu nikan???So, jom kita masuk dapur...


Bahan-bahan:

5 ekor ketam-cuci bersih2 dan toskan
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai- ketuk
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
1/2 biji nenas Josephine- potong memanjang
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara:

~ Kisar kering bawang besar, halia, cili padi dan kunyit hidup.

~ Masukkan serai, nenas dan bahan kisar tadi ke dalam periuk, tuangkan santan cair dan renihkan di atas api yang sederhana.

~ Apabila air nenas telah keluar, masukkan pulak ketam dan santan pekat.

~ Perasakan dengan garam dan gula.Biarkan mendidih sebentar.

~ Apabila ketam telah masak, bolehlah diangkat dan hidang.

Kegemaran anak-anak....

Kuat Makan Adalah Ciri-ciri Orang Kafir

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki yang sangat kuat makan tetapi setelah memeluk agama Islam, dia hanya makan sedikit. Apabila perkara ini diajukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. baginda menjawab:

' Orang yang beriman hanya makan dengan satu perut.Sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut.'

(Riwayat Bukhari)

Comments

Popular Posts