Beef Asparagus




Assalamualaikum semua...tentu ramai yang sedang bawak anak2 pergi bercuti sempena cuti sekolah nikan?

Ummi bercuti di dapur jelah, anak Ummi yang sorang tu nak UPSR...so ada kelas tambahan..kelas tusyenlah...tapi bagus jugak tak ke mana2 ni, cuaca pun kadang2 hujan memanjang...tak syok jalan2 waktu hujan2 ni.

Hari ni Ummi nak share resepi daginglah pulak, daging goreng asparagus...

Bahan-bahan:

300 gm daging batang pinang-dihiris nipis
1 cekak asparagus- potong memanjang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan/sotong
4 ulas bawang putih- diketuk
1/2 inci halia- julienne
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

* Kalau nak pedas bolehlah ditambah lada sulah tapi Ummi tak letak.




Cara-cara:

~ Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta halia hingga wangi.

~ Kemudian masukkan daging, kacau sebentar. Masukkan sos tiram, sos ikan/sotong, garam dan asparagus. Kacau lagi. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

~ Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Comments

Popular Posts