Nasi Ayam Bijan
Assalamualaikum semua...
Sebenarnya dah lama buat nasi ayam ni...cuma baru hari ni berkesempatan nak upload.Taklah special sangat nasi ni, biasa2 aje tapi licin jugak....so, jom kita semak2 bahannya.
Bahan Nasi:
2 cawan beras wangi-tak kisahlah apa brand pun, cuci bersih & toskan
1 inci halia-diketuk
5 ulas bawang putih -diketuk
1/2 biji bawang besar- dihiris
1 kiub pati ayam @ kalau rajin buat stok ayam sendiri
Sedikit butter untuk menumis
Garam secukup rasa
Air secukupnya mengikut beras masing2
~ Panaskan butter dan tumis semua bahan2 tadi hingga wangi.
~ Kemudian masukkan beras dan stok ayam/air bersama kiub pati ayam dan garam serta sedikit serbuk kunyit untuk mendapatkan warna 'light yellow' tapi nasi yang Ummi buat ni terlebih kuning pulak...
~ Kacau sebati dan biarkan masak, bila sudah masak...kareh2kan nasi.
Bahan Sup:
300 gm ayam dipotong kecil2
5 ulas bawang putih -diketuk
1 inci halia -diketuk
10 ulas bawang merah -dihiris dan buat bawang goreng
1 tangkai daun sup -dihiris
1 bunjut rempah sup bunjut
Serbuk lada hitam seenak rasa
Garam secukupnya
1 1/2 liter air
~ Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali garam, daun sup dan bawang goreng.
~ Renihkan sup sehingga masak dan perasakan dengan garam.
~ Sebelum menghidang, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Bahan Sos:
5 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit sos tomato dan sos cili
~ Blend semua bahan bersama sedikit stok ayam/sup ayam tadi.
Bahan Ayam:
1 ekor ayam-potong 12, cuci bersih dan toskan
20 ulas bawang putih -ditumbuk
2 inci halia -ditumbuk
3 sudu besar bijan
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos ikan
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
~ Perapkan ayam dan bahan2 lain semalaman.
~ Kemudian gorengkan hingga keperangan.
Jangan Menghina Makanan
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menghina makanan. Jika baginda menggemari sesuatu, dia akan memakannya dan jika tidak suka, dia akan meninggalkannya.
(Riwayat Muslim)
Comments
Post a Comment