Kari Ikan
Assalamualaikum semua...bertemu kembali kita.Lama jugak Ummi tak update blog ni...macam2 hallah yang nak diuruskan, tak sempat nak ber'blog'...
So, hari ni Ummi nak share resepi lauk yang mudah dengan anak2 Ummi ni...kari ikan jer..jom kita mula.
Bahan-bahan:
4-5 keping ikan tenggiri- cuci bersih dengan air asam@air limau@lemon
200ml santan pekat
1 biji tomato-belah 4
6-7 biji kacang bendi
2 biji cili merah-belah 2
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar cili kering kisar-kalau nak lebih pedas, kalau taknak tak perlu letak
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar @ 7 ulas bawang merah-kisar@tumbuk
4 ulas bawang putih-kisar@tumbuk
1 inci halia-kisar@tumbuk
Pes asam jawa Adabi @ air asam jawa
Garam dan gula seenak selera
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
~ Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan halba campur, daun kari hingga naik bau.
~ Kemudian masukkan bahan2 kisar@tumbuk, tumis lagi hingga bawang garing dan masukkan cili kisar.Tumis lagi hingga garing.
~ Masukkan pula rempah kari ikan dan tuangkan sedikit air @ air asam jawa. Tumis hingga naik minyak.
~ Tuangkan air,kacau hingga sebati. Masukkan kepingan ikan tenggiri.
~ Masukkan pula santan dan perasakan dengan garam serta gula.
~ Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur dan masukkan kacang bendi, tomato serta cili merah.
~ Tutup api apabila telah masak dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain atau boleh juga dicicah dengan roti canai@roti arab.Ikut suka anak2lah...
* Boleh juga gunakan kepala ikan sahaja jika suka.
Comments
Post a Comment