Ikan Bilis Goreng Kicap
Assalamualaikum...apa khabar semua? Bertemu lagi kita...
Pening2... bila memikirkan hal masak-memasak ni...bukannya masak yang susah tapi makanan hari ni banyak yang dah tak selamat dimakan. Ada bahan kimia macam2, macam manalah kita semua ni, muda2 lagi dah dapat penyakit macam2. Sekarang ni jarang sekali kita dengar orang mati kerana sakit tua...betul tak? Rata2nya mati kerana pelbagai penyakit.
Tengahari tadi terdengar siaran Radio 24- 93.90 FM dalam rancangan Klinik PPIM setiap hari Isnin lebih kurang jam 1.15pm ke pukul 2.00pm kalau tak silap, kalau yg di luar Lembah Klang boleh mendengar secara audio streaming @ melalui smart phone anda. Isunya...ayam yang disuntik dengan steroid supaya cepat besar dan montel2...part yg paling kerap disuntik adalah leher dan kepak. So, kepada yg suka makan ayam terutamanya bahagian kepak, fikir2kanlah...sebenarnya dah lama isu sebegini kedengaran, ada yg kata disuntik hormonlah...macam2 tapi tak ambil endah sangat sehinggalah terdengar kat radio baru2 ni, tambahan lagi harga ayam naik melambung ni.Nampaknya stop dululah makan ayam sehingga ada alternatif yg selamat...
Baru jer...nak berekspresi dan berkreatif dengan masakan ayam...tapi bila dah timbul isu macam ni, tak payahlah...tak mati pun kalau tak makan ayam...so, cerita punya cerita...hari ni masak ikan bilis ajelah, mudah dan cepat...kenyang jugak perut ni..hahaha...
Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis- yg telah dikopek dan dibersihkan
1 biji bawang besar Holland @ merah- dihiris
2 biji cili merah- dihiris menyerong
4 ulas bawang putih- dihiris
5 tangkai kacang panjang- potong 1 1/2 inci
3 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Apa pasallah tak bubuh penuh mangkuk tu...kan nampak tak cantik gitu...?
Cara-cara:
~ Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat.
~ Dalam kuali yg lain, panaskan minyak dan tumiskan cili kering hingga garing dan masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili merah.Gorengkan sehingga layu.
~ Kemudian masukkan kacang panjang dan goreng lagi hingga kacang panjang masak.
~ Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul rata. Tuangkan kicap dan kacau lagi. Tutup api dan perahkan jus limau kasturi, kacau dan angkat.
~ Bolehlah dihidangkan panas2.
Kepentingan Menjaga Makanan
Sabda Rasulullah s.a.w.: 'Perut adalah punca segala penyakit. Menjaga pemakanan adalah pokok segala ubat.'
Comments
Post a Comment