Puri dan Kari Mamak


Assalamualaikum wbr,

Apa khabar semua kawan-kawan? Alhamdulillah, hari ini semangat ber'blogging' sudah timbul kembali sejak beberapa tahun senyap menyepi...

Dengan cara ini juga saya dapat mengaktifkan diri supaya lupa seketika tentang kepenatan diri yang datang sekali-sekala. Di samping itu saya dapat berkongsi kisah dan pengalaman hidup.

Baiklah, hari ini saya hendak kongsikan resepi Puri iaitu sejenis makanan kaum India dan Kari Mamak. Resepi ini saya intai dari dapur Masam Manis. Terima kasih Kak Ita yang sudi berkongsi resepi yang sedap ini.


Saya masak untuk makan petang tadi. Kenyang sampai ke malam. Malam ini makan buah-buahan sahajalah. Bagi pesakit kanser seperti saya elok ditukarkan tepung gandum kepada tepung wholemeal.

PURI
Resepi Oleh : Sara

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak



Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar
Masukkan juga garam
Tuangkan air sedikit-sedikit
Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut
Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit
Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri 




KARI IKAN INDIAN STYLE
Resepi Oleh : Sara

2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa, ita guna ikan sagai.
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.
Tumis hingga harum dan bawang garing.
Bila dah garing masukkan bahan kisar
Masak lagi hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
Masak hingga cili benar-benar garing.
Kemudian masukkan rempah kari ikan.
Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
Kemudian tambahkan air.
Biarkan ia merenih sebentar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.



Silalah jenguk ke dapur Kak Ita untuk lihat gambar yang sangat menarik.Resepi saya 'copy and paste' dari blog Kak Ita.

Selamat mencuba!






Comments

Popular Posts