Khasiat Buah Tin / Fig / Ara....

Assalamualaikum wbr...dan salam sejahtera!

Sejak akhir-akhir ini saya gemar berkongsi tentang kesihatan. Apa lagi yang nak dikongsikan kerana itulah fokus utama saya sekarang. Saban hari melayari internet membaca artikel kesihatan dari pelbagai sumber rujukan.

Kesihatan menjadi keutamaan saya sekarang. Apa sahaja yang baik untuk tubuh badan saya, saya akan guna dan amalkan lebih-lebih lagi jika ia sudah menjadi sunnah atau disebut oleh Allah swt, pasti ada kelebihannya.


Imej dari Google~buah yang sudah masak.

 Hari ini saya hendak kongsikan berkenaan buah tin..buah yang cukup banyak khasiatnya sehinggalah Allah bersumpah demi buah tin dan zaitun di surah At Tin dalam Al Quran.Pasti sangat banyak keistimewaannya sehingga Allah turunkan surah khusus tentang kedua buah ini.




Imej dari Google~buah yang sudah masak.


Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”




Imej dari Google~buah yang muda dan masak.




Manfaat Buah Tin 

  1.  Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 dalam buah tin membantu  menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
  2.  Buah Tin/ Ara kaya serat  yang menjadikannya sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti).
  3.  Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes.
  4.  Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
  5.  Kandungan Coumarin dalam buah tin , juga dapat mengurangi risiko kanser prostat.
  6.  Tryptophan  dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
  7.  Makan buah tin/ ara mengurangkan keletihan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.
  8.  Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut pektin membantu mengurangkan kolesterol darah.
  9.  Bila ditekapkan pada kulit, tin/ ara  yang dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti bengkak dan bisul.
  10. Buah tin mengandungi  kadar air yang tinggi,  buah tin yang ditumbuk bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
  11.  Buah tin kaya dengan kalsium. Ia merupakan alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
  12.  Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai anti tumor serta dapat membunuh mikro organisma, patogen, bakteria dan virus dalam tubuh manusia.



Imej dari Google~Buah Tin kering




CARA MEMBUAT TEH DARI DAUN TIN

1. Petik daun tin yang sudah cukup tua, kira-kira daun ke lima dan seterusnya dari pucuk.



2. Tiriskan getah yang masih terdapat pada daun  dengan cara menyendengkan daun           dengan batang menghadap ke bawah sampai kurang lebih 1 jam di tempat teduh.



3. Jangan sampai getah menitis mengenai daun..



4. Cuci daun dengan air mengalir lalu toskan airnya.



5. Jemur daun di tempat yang terkena matahari sepenuhnya.



6. Periksa keadaan daun setelah dijemur selama 3 jam, jika sebagian besar sudah boleh       diramas dan hancur. Potong tangkai daun.



7. Jemur kembali sehingga benar-benar kering dan dapat diramas sampai hancur.



8. Setelah kering ramas daun hingga hancur dan buang urat daun.



9. Daun teh siap untuk  diminum. Rebus daun teh sehingga mendidih.
Enak diminum tanpa gula.



* Artikel copy, paste and edited.



Comments

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts