Thursday, October 29, 2015

Natural Moisturiser

Assalamualaikum wbr..
Salam sejahtera..

Agak lama juga saya tidak berkongsi maklumat di sini. Alhamdulillah, hari ini diberi peluang. 

Memandangkan saya baru habis menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi, kulit saya menjadi agak kering. Tambahan pula disebabkan kesan sampingan ubat kemo yang perlu saya makan setiap hari selama 2 tahun.




Kulit saya perlu sentiasa lembab agar tidak mudah gatal. Puas saya mencari krim atau losyen yang sesuai, namun belum dijumpai. Saya membuat sedikit kajian di internet dan menjumpai cara-cara untuk membuat krim pelembab sendiri yang pastinya tiada bahan kimia digunakan. Bahannya pun tidak banyak dan sangat mudah disediakan cuma harga bahan agak mahal. Walau bagaimanapun ianya berbaloi untuk kesihatan jangka masa panjang.

Jom kita lihat cara pembuatannya.

Bahan yang diperlukan:

1/2 cawan minyak kelapa dara
1 sudu teh minyak Vitamin E
12 titik minyak pati Lavendar atau apa-apa minyak pati kesukaan

Cara penyedian:

Sediakan sebuah mangkuk berisi air panas.

Letakkan mangkuk kecil atau gelas di dalam mangkuk air panas tadi.

Masukkan minyak kelapa dara dan biarkan ia mencair sedikit. Kemudian tambahkan Vitamin E dan minyak pati. Kacau sehingga pekat.



Apabila telah pekat, masukkan ke dalam balang kering yang telah disteril untuk simpanan. Simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangka masa penyimpanan boleh mencecah sehingga setahun jika aspek kebersihan dijaga semasa proses pembuatan dan penyimpanan.




Khasiat bahan-bahan:

Lavendar

Kebaikannya adalah untuk menenangkan saraf, merawat sakit kepala, meningkatkan kualiti tidur, membasmi luka dan ulser, merawat keresahan,   meredakan sakit selepas pembedahan, selsema dan virus yang lain, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan otot dan penyakit lain.

Vitamin E

Banyak khasiat Vitamin untuk tubuh badan kita. Di dalam hal ini ia membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang merosakkan kulit, menganjalkan kulit, mencegah penuaan kulit, mencegah risiko kanser kulit, melembabkan, menghilangkan tompok gelap, melindungi kulit daripada sinaran UV, membantu membersihkan kulit dan merawat kesan sembab di bawah mata serta menanggalkan kosmetik.

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi kulit kita. Ia juga mengandungi khasiat-khasiat lain seperti bertindak sebagai perisai tambahan daripada sinaran ultra UV, meremajakan kulit, melindungi daripada jangkitan kuman, 
kulat dan virus, mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru serta menganjalkannya.


Mudah sahaja cara membuat krim pelembab ini bukan?

Mari kita buat sendiri.


Wednesday, October 14, 2015

TUDUNG READY TO SOLAT

Assalamualaikum wbr...





Merancang untuk menunaikan umrah/haji? Rasa leceh untuk membawa banyak pakaian dan telekung? Jangan risau kami ada penyelesaiannya.

Dengan 'Tudung Ready To Solat' Annisa' anda boleh terus bersolat tanpa perlu memakai telekung biasa. Boleh dipakai ke mana-mana sahaja.

'Ehh! Nampak macam telekunglah, malulah nak pergi shopping pakai macam ni!'....Tidak perlu malu, 'tudung ready 2 solat' ini juga boleh dijadikan baju. Anda boleh sahaja kenakan 'shawl' kegemaran anda di luar dan pakailah bersama skirt labuh dan tshirt atau apa sahaja pakaian yang selesa di dalam...dan boleh melakukan aktiviti membeli-belah, makan-makan atau mengunjungi sanak saudara/teman-teman. Masuk sahaja waktu solat, anda sudah sedia untuk bersolat. Kan mudah begitu? Tanpa perlu menjinjing beg telekung bersama anda.







-Tudung Annisa' di datangkan dalam warna putih, hitam, dark purple, purple plum dan coklat khinki.

- Mempunyai zip tersembunyi di dalam jubah.

- Material digunakan adalah dari jenis Moss Crepe berkualiti.

- Tudung dan jubah boleh beli berasingan.

- Jubah didatangkan dalam semua saiz.

- Tudung adalah 'free size'.

Boleh dijadikan koleksi peribadi atau cenderahati kepada saudara mara atau rakan taulan. InshaAllah anda pasti berpuashati.

Berminat? Sila PM,call@Whatsapp 0196020046

Monday, September 28, 2015

Scrambled Egg Muffin

Assalamualaikum wbr....

Lagi menu sarapan yang mudah untuk disediakan kepada anak-anak. Resepi ini saya terjumpa di SINI. Thanks for sharing Anne.



Jom tengok resepinya.

Ingredients:
  • 9 eggs
  • 1/2 C chopped fresh spinach
  • 1/3 C skim milk
  • 1/3 C spelt flour (or whole wheat pastry flour)
  • 1/4 C 2% grated cheddar cheese
  • 1 Tbsp. chopped fresh basil
  • 1 small tomato, chopped
  • 1/2 tsp. sea salt
  • 1/2 tsp. cracked black pepper
  • 1 tsp. baking soda
  • Optional add-ins: 1/4 C of either cooked beef bacon (crumbled) or smoked salmon, chopped
Instructions:
*Preheat oven to 350.
1) Break the eggs into a bowl and whisk.
2) Add the rest of your ingredients and mix it all together!
3) Add spoonfuls of the mixture to a cooking sprayed or nonstick muffin tin. I used a 1/4 C measuring cup to transfer it since it’s very liquid-y!
4) Pop them in the oven and bake for 25 to 30 minutes. Fork check to make sure they are done.

English Muffin Bread

Assalamualaikum wbr...

Apa khabar semua teman di luar sana? Alhamdulillah semalam dan hari ini hujan, bertambah baik keadaan jerebu di luar. Anak-anak pun boleh bersekolah esok.

Hai! Cuaca hujan dan dingin begini membuatkan perut sentiasa berkeroncong kan? Mulalah teringat nak makan aje. Mempunyai anak-anak remaja yang sedang membesar perlu sediakan banyak makanan di rumah. Paling kurang pun roti atau biskut untuk kudapan mereka. Saya mendidik anak-anak agar tidak makan 'junk food dan fast food'. Jadi mereka tidak teringin hendak makan di KFC, MC DONALD atau PIZZA HUT. 




Jom kita buat kudapan untuk anak-anak dan kita sendiri pun boleh makan juga. Hari ini saya akan kongsikan resepi English Muffin. Ia merupakan sejenis roti bulat kecil yang mudah disediakan. Terkenal di negara-negara barat. Ia dibuat menggunakan yis dan apabila telah masak bolehlah diletakkan sebarang inti pilihan di tengahnya sama ada manis atau 'savory'. Boleh dimakan dengan jem, mentega, 'marmalade', 'cream cheese', dibuat sandwich atau 'Egg Benedict'. Sesuai dijadikan menu sarapan pagi.




Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 paket yis segera
1 cawan air suam
1/4 cawan shortening yang dicairkan
6 cawan tepung roti
1 sudu teh garam
Tepung semolina atau cornmeal

Cara-cara:

Panaskan susu sehingga berbuih. Ketepi dan masukkan gula. Kacau sehingga gula hancur.

Di dalam bekas lain, campurkan yis segera dan air. Biarkan sehingga berbuih atau berkrim lebih kurang 10 minit.

Di dalam mangkuk yang besar campurkan larutan susu dan yis tadi, 'shortening' cair dan 3 cawan tepung. Gaul rata, kemudian tambahkan garam dan tepung yang selebihnya. Uli sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilenser dengan sedikit minyak atau mentega cair dan tutup dengan plastik. Biarkan ia naik dua kali ganda.





Setelah doh mengembang, tumbuk untuk mengeluarkan udara. Canaikan setebal 1/2 inci dan potong bulat menggunakan 'cookie cutter'. Taburkan tepung 'semolina atau cornmeal' di atas loyang pembakar atau 'parchment paper'. Letakkan doh dan taburkan tepung 'semolina atau cornmeal' di atas doh. Tutup dengan plastik dan biarkan doh naik sekali lagi.





Panaskan kuali leper. Lenserkan sedikit mentega dan letakkan doh di atasnya. Masak selama 10 minit menggunakan api yang sederhana. Masak dikedua-dua belah. Simpan muffin yang telah masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dan jika ingin disimpan, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian bungkus di dalam plastik.

Hidangkan dengan menghiris di tengah muffin supaya menjadi 2 keping. Sapukan mentega dan letakkan inti kesukaan anda. Mudah sajakan..
 Selamat mencuba!

Sunday, September 27, 2015

Avocado Salsa

Assalamualaikum wbr...dan selamat petang...

Lagi menu sihat untuk pesakit kanser.

Sudah beberapa hari saya menggunakan avokado sebagai menu utama. Hari ini saya ingin kogsikan bagaimana avokado boleh dijadikan 'condiment' untuk dicicah dengan 'taco chips', dijadikan inti roti pita atau dibalut dengan 'tortillas'...semuanya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda.


Avocado Salsa | Cooking Classy
Imej Google


Resepi: CookingClassy

Avocado Salsa
Yield: About 6 servings
Ingredients
  • 6 medium roma tomatoes (20 oz), seeded and diced
  • 1 cup chopped red onion, chopped
  • 1 large or 2 small jalapeños, seeded and chopped (1/4 cup. Leave seeds if you like heat)
  • 3 medium avocados, semi-firm but ripe, peeled, cored and diced
  • 3 1/2 Tbsp olive oil
  • 3 Tbsp fresh lime juice
  • 1 clove garlic, finely minced
  • 1/2 tsp salt (more or less to taste as desired)
  • 1/4 tsp freshly ground black pepper
  • 1/2 cup loosely packed cilantro leaves, chopped
Directions
  • Place red onion in a strainer or sieve and rinse under cool water to remove harsh bite. Drain well. Add to a mixing bowl along with diced tomatoes, jalapeños and avocados.
  • In a separate small mixing bowl whisk together olive oil, lime juice, garlic, salt and pepper until mixture is well blended. Pour mixture over avocado mixture, add cilantro then gently toss mixture to evenly coat. Serve with tortilla chips or over Mexican entrees.

Smoked Salmon Egg Stuffed Avocado..

Assalamualaikum wbr...Salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, hari ini masih bernyawa lagi. Kelihatan di luar berjerebu teruk. Semalam dan hari ini indek pencemaran udara menunjukkan peningkatan sehingga 200 lebih. Sekolah-sekolah di negeri Selangor dan beberapa negeri lain terpaksa di tutup esok.

Saya pun tidak keluar rumah kerana bimbang memudaratkan kesihatan. Adalah masa sedikit untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi ingin berkongsi menu makanan-makanan sihat memandangkan pesakit kanser seperti saya perlu menjaga makan.

Hari ini menu daripada buah avokado. Pelbagai resepi boleh dibuat menggunakan buah ini. 

Menu hari ini...

Smoked Salmon Egg Stuffed Avocado // fancy schmancy without the fuss, high protein, low carb via Grok Grub #brunch #healthy:

Jom tengok resepi yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahan:

Beberapa kepingan 'smoked salmon'
8 biji telur
4 biji buah avokado-jangan yang terlalu masak
'Chilli flakes'
Lada hitam
Garam Himalaya
'Fresh dill'

Cara-cara:

 Belah 2 buah avokado. Buang bijinya.

Letak kepingan 'smoked salmon' di tengahnya. Potongkan kepingan 'smoked salman' kecil-kecil terlebih dahulu.

Pecahkan telur dan tuang ke atas kepingan 'smoked salmon' tadi.

Taburkan garam, lada hitam dan 'chilli flakes'.

Tambahkan 'fresh dill' di atasnya.

Masukkan ke dalam oven bersuhu 170 celcius dan bakar sehingga telur masak 
 tetapi jangan terlalu masak atau sehingga telur keras.





Fakta tentang avokado.

Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti

10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado


1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium  yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.


2) Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.


3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.


4) Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.


5) Ciri-ciri anti-penuaan

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.


6) Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.


7) Berat badan

Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.


8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


9) Vitamin E Powerhouse

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.









Bechamel Sauce

Assalamualaikum wbr...

Alhamdulillah, masih berkesempatan menambah koleksi resepi pada hari ini. Hari ini masih lagi bercerita tentang 'salad dressing'. 


Bechamel sauce..

'White sauce, also known as Béchamel, is used in a variety of dishes and is the base for many sauces. Here are the steps for a basic medium white sauce, with adjustments for other thicknesses'.


  1. 1. In a small, heavy saucepan, melt 2 tablespoons of butter over low heat.
  2. 2. Blend 2 tablespoons of flour into the melted butter.
  3. 3. Add 1/4 teaspoon of salt.
  4. 4. Cook over low heat, stirring, for 4 to 5 minutes. Cooking for this length of time will minimize 'flour' taste.
  1. 5. Slowly add 1 cup of milk, stirring constantly.
  2. 6. Continue cooking slowly until smooth and thickened.
  3. *For thin white sauce, follow the instructions above, but use 1 tablespoon of butter and 1 tablespoon of flour. Thin white sauce is used in cream soups.
  4. *For thick white sauce, follow the instructions above, but use 3 tablespoons of butter and 3 tablespoons of flour. Thick white sauce is used in soufflés.
  5. *For heavy white sauce, follow the instructions above, but use 4 tablespoons of butter and 4 tablespoons of flour. Heavy white sauce is used as a binder for croquettes.
Tips:
  1. To make the standard Béchamel, after adding the milk to the medium white sauce recipe add 1 small onion studded with 3 cloves, a bay leaf, and a grating of nutmeg.
  2. Light stock, cream, or a combination may be used in place of the milk.
  3. Add more flavor by seasoning with celery salt, nutmeg, a teaspoon of lemon juice or a few tablespoons of chopped chives or parsley .
What You Need:
  • Heavy saucepan
  • 2 tbsp butter
  • 2 tbsp flour
  • 1/4 tsp salt
  • 1 cup milk